Kuih bulan sering di makan oleh orang cina ketika Perayaan Pertengahan Musim Luruh, tetapi kini kuih bulan ini bukan saja di makan ketika musim perayaan semata-mata.
Sebaliknya ia menjadi menu luar dari perayaan, dan ia juga merupakan makanan kegemaran ramai kerana keunikan rasa kuih bulan yang satu ini.
Ekoran permintaan kuih bulan semakin meningkat, terutama di kalangan orang melayu yang ingin merasa keenakan kuih bulan ini.
Kini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual kuih bulan halal, bagi mereka yang teringin merasa kelazatan kuih tradisional kaum cina.
Bukan itu saja kini semakin banyak variasi kreatif kuih bulan halal terdapat di pasaran, dan salah satu darinya adalah kuih bulan aiskrim dari Inside Scoop.
Kuih Bulan Aiskrim Lain Dari Yang Lain
Inside Scoop tampil dengan idea kreatif dan inovatif dengan menghasilkan kuih bulan berinti aiskrim, ia bukan saja lazat malah rupa bentuk kuih bulan yang dihasilkan sangat menarik dan kelihatan eksklusif.
- Foto – Inside Scoop
Perkenal Kuih Bulan Airkrim 4 Variasi Perisa
Kuih bulan yang dihasilkan oleh Inside Scoop ini hadir dengan empat jenis variasi perisa yang lazat dan pastinya berbaloi untuk di cuba, antara perisa kuih bulan yang terdapat di Inside Scoop adalah:
Chocolate Shell Rocher with Crunchy Base
- Foto – Inside Scoop
Snow Skin Durian with Chocolate Yolk
- Foto – Inside Scoop
Chocolate Shell Caramel Biscuit with Chocolate Salted Caramel Yolk
- Foto – Inside Scoop
Snow Skin Unicorn with Raspberry Yolk
- Foto – Inside Scoop
Kuih Bulan Aiskrim Supermoon 7.5 Inci
- Foto – Inside Scoop
Bayangkan kuih bulan sebesar muka dengan reka bentuk yang menarik pasti rasa sayang ingin potong apatah lagi nak di makan bukan? Inside Scoop tampil berani dengan rekaan kuih bulan aiskrim bersaiz 7.5 inci dengan nama Supermoon.
Lapisan kulit kuih bulan yang nipis dengan inti airkrim lemak berkrim gabungan kacang pistacio premium dengan jeli raspberry di tengahnya, akan membuatkan sesiapa saja naik hantu untuk merasa kuih bulan aisrkrim Supermoon ini.
Mana Nak Cari Kuih Bulan Aiskrim Halal Dan Lazat Ini?
Bagi yang berminat ingin dapatkan kuih bulan aiskrim ini kamu boleh kunjungi ke seluruh outlet Inside Scoop yang terdapat di sekitar:
- Kuala Lumpur [SINI]
- Selangor [SINI]
- Putrajaya [SINI]
- Pahang [SINI]
- Johor [SINI]
- Melaka [SINI]
- Pulau Pinang [SINI]
- Perak [SINI]
Selain itu, kamu juga boleh melayari laman sesawang Inside Scoop [SINI] untuk membeli secara dalam talian yang lagi mudah, cepat dan menyenangkan.
Jom makan kuih bulan airkrim bersama kawan-kawan dan ahli keluarga masa musim panas ini!
Rujukan: 1,