Pelbagai jenis jenama yang dihasilkan di pasaran untuk memenuhi keperluan pengguna, Watsons telah memperkenalkan jenama kecantikan, ALIA yang berfokuskan kepada wanita sophisticated untuk berkembang dan mempunyai keyakinan terhadap nilai Halal.
Menggunakan beberapa sentuhan daripada K-beauty, ALIA diharapkan dapat menjadi produk jenama yang bergaya dan dipercayai seiring dengan standard Halal. Visi jenama ALIA adalah menawarkan kepercayaan dan pengalaman kepada wanita sophisticated dengan rangkaian produk kecantikannya.
Menurut Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Watsons sering mencari inovasi dalam setiap produk untuk memenuhi keperluan pelanggan, “Kami sentiasa mencari inovasi untuk memenuhi keperluan pelanggan wanita kami. Dengan ALIA, kami yakin produk ini akan memenuhi keperluan pelanggan terutamanya para remaja yang gemar dengan K-beauty dan produk mesra Halal”.
Untuk wanita sophisticated yang inginkan hari yang ceria dan menyeronokkan, ALIA telah mengeluarkan pelbagai jenis wangian seperti Alia Body Mist & Roll-On yang hadir dalam 5 aroma iaitu Harmony, Europhia, Paradise, Daydream dan Serendipity.
Manakala Alia EDT menawarkan dua rangkaian iaitu Rise&Shine dan So In Love. Untuk harga bagi wangian ALIA ini adalah antara RM 10 – RM 26.
Haruman terbaru ALIA datang dalam pelbagai jenis wangian untuk disesuaikan dengan setiap acara dan pengunaannya. Alia Body Mist & Roll-On sangat mudah untuk dibawa dalam beg anda dan boleh digunakan di mana-mana sahaja. Wangian ALIA ini sesuai digunakan pada wanita yang suka akan wangian yang lembut dan segar.
Jika anda tidak tahu, wangian ALIA juga boleh disemburkan pada rambut atau hijab untuk mengekalkan bau harumannya sepanjang hari. Sementara itu, Alia EDT mempunyai bau yang manis dan segar yang disertakan dengan pembungkusan yang elegan dan bau yang dapat melengkapkan rutin harian anda.
Dengan harga yang berpatutan, jenama ALIA juga hadir dalam pelbagai jenis kategori produk seperti penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan diri dan wangian untuk memenuhi permintaan dan keperluan pengguna wanita sophisticated.
Untuk info lanjut berkaitan dengan rangkaian produk ALIA, anda boleh melawati Facebook dan Instagram dan sekiranya ingin mendapatkan produk rangkaiannya, anda boleh melayari laman web Watsons dan kedai Watsons di seluruh negara.