Bila sakit kepala kehidupan seharian kita boleh terjejas.
Sakit kepala terjadi mungkin kerana stress, tekanan darah tinggi, kecederaan atau cuaca.
Tapi tahukah cara anda menggayakan rambut juga boleh menjadi faktor utama yang menyebabkan anda sakit kepala, siapa sangka… Dipercayai beberapa gaya rambut yang memberi tekanan pada kulit kepala anda boleh menyebabkan rasa sakit.
Ponytail
Di bawah folikel rambut dan di kulit kepala anda terdapat saraf yang sangat sensitif yang dapat merasakan kesakitan. Ponytail atau ikatan ekor kuda boleh mencetuskan rasa sesak di banyak saraf sekaligus, yang boleh menyebabkan sakit kepala.
- Foto – Arkib Wanista
Keadaan ini agak biasa, dan dikenali sebagai sindrom sakit kepala ponytail (ponytail headache syndrome).
Pakai headbands
Orang yang memakai headbands yang ketat juga mungkin mengalami sakit kepala. Ini dianggap sebagai sakit kepala luaran dan boleh berlaku apabila sesuatu yang dipakai di kepala anda memberi tekanan berterusan pada dahi atau kulit kepala.
- Foto – Arkib Wanista
Sakit kepala jenis ini sering digambarkan sebagai tekanan sederhana dan berterusan dan paling menyakitkan di kawasan di mana objek itu menekan kepala anda. Sekiranya anda memakai headbands ketat untuk jangka masa lama, rasa sakit mungkin bertambah teruk.
Tocang
Tocang yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan sakit kepala. Apabila rambut anda diikat terlalu kuat, ia memberi tekanan tambahan pada kulit kepala anda dan, selain merosakkan rambut, boleh menyebabkan sakit kepala.
- Foto – Arkib Wanista
Pakar perubatan percaya bahawa sesetengah orang terkena sakit kepala juga kerana faktor lain, seperti setengah wanita mungkin mempunyai kulit kepala yang lebih sensitif semasa kitaran haid mereka.
Teknik penyambungan rambut
Sambungan rambut atau hair extension memang akan memberi anda rambut yang cantik, tetapi ia juga boleh menyebabkan sakit kepala. Menambah berat pada rambut akan menyebabkan ketegangan di kepala, dan tarikan pada kulit kepala dan folikel rambut yang berlebihan boleh menyebabkan saraf di kulit kepala menjadi sensitif.
- Foto – Arkib Wanista
Jika keadaan ini berlaku, ikut beberapa panduan di bawah:
- Urut perlahan-lahan kulit kepala di kawasan yang anda rasa sakit dan tarik nafas dalam-dalam.
- Elak pakai aksesori rambut terlalu lama.
- Pertimbangkan gaya rambut yang tidak terlalu memberi tekanan pada kulit kepala.
- Dapatkan tidur yang mencukupi.
Ingat untuk sentiasa menjaga kesihatan. Selamat Beramal!