Diumumkan sebagai Duta Rantau Asia Tenggara yang pertama, Noor Neelofa binti Mohammad Noor atau dikenali sebagai Neelofa telah dijemput oleh Lancôme untuk live bersama Lisa Eldridge iaitu Creative Director of Make-up di Instagram.
Lisa Eldridge juga pernah menyolek beberapa selebriti terkenal seperti Dua Lipa, Victoria Beckham, Lilly Collins dan banyak lagi.
Menerusi live di Instagram, Neelofa dan Lisa telah berkongsi mengenai rutin mereka sepanjang kuarantin dan juga bertukar beberapa petua mengenai solekan dan penjagaan kulit.
#1 PENGGUNAAN SERUM
Menurut Eldridge, serum boleh digunakan sebagai primer atau pelembap sebelum foundation kerana serum membantu menghidrat kulit wajah dan menjaga solekan untuk jangka masa yang lebih lama.
“Mencampurkan foundation dengan serum juga dapat memberikan kesan bercahaya pada make-up anda. Untuk meningkatkan hidrasi dengan cepat pada kulit, anda boleh menambahkan serum pada solekan,” ujar Neelofa.
Serum pilihan Neelofa adalah Advanced Gènfique Serum, iaitu serum yang ringan dan memberikan kulit menjadi glow tanpa meninggalkan kesan minyak.
#2 MENGECILKAN PORI
Menggunakan essence lotion sebelum menggunakan make-up adalah pilihan Neelofa iaitu Lancome Clarifique Dual Essence. “Bagi seseorang pada peringkat umur saya, essence lotion ini sangat membantu saya dalam mengecilkan pori, blackheads dan whiteheads. Produk ini juga membantu meratakan kulit wajah saya”, ujar Neelofa.
Essence lotion ini juga merupakan produk penyejuk yang sesuai digunakan dalam cuaca yang lembap dan panas.
#3 FOUNDATION YANG SESUAI
Untuk menguji foundation yang sesuai, Eldridge menyarankan untuk mencuba ketika waktu siang. Jika anda ingin mencuba pada wajah, uji dengan meletakkannya kira-kira satu inci daripada telinga.
“Salah satu sebabnya saya menyuruh anda meletakkan satu inci daripada telinga kerana anda dapat melihat bagaimana warna foundation itu dapat menyatukan garis rahang kerana anda tidak mahu mempunyai warna yang berbeza di leher dan wajah anda”, katanya.
Eldridge juga menyarankan supaya jangan menguji foundation di permukaan yang mempunyai pigmentasi kulit. Untuk melihat bagaimana foundation kelihatan dan sesuai di wajah, anda perlu membiarkannya selama lima minit.
#4 KURANGKAN MATA BENGKAK
Bagi mengelakkan daripada mata bengkak pada awal pagi atau kurang tidur, anda perlu menyapi aplikator krim mata dengan gerakkan jam di sekitar mata bermula daripada tulang di bawah mata.
“Tekan aplikator dengan lembut di bawah mata dan keluar ke arah lymph gland untuk mengurangkan bengkak pada mata. Tepuk secara lembut krim atau serum pada bulu mata anda untuk melembapkannya. Untuk kesan yang maksima, anda boleh letakkan aplikator mata anda ke dalam peti sejuk”, ujar Elendrige.
#5 KULIT BERMINYAK
Elakkan daripada memakai krim yang bertekstur berat untuk melembapkan kulit jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Penggunaan essence lotion adalah disarankan oleh Neelofa untuk mengawal keseimbangan pH kulit berminyak dan mengelakkan daripada mengeluarkan lebih banyak minyak pada muka.
- Foto – Singapore Tatler
Bagi Neelofa, produk yang dapat membantu mengawal kulit berminyak dan sesuai untuk dipakai di wajah sememangnya akan menjadi pilihannya. Lancôme telah membantu Neelofa dan kebanyakkan wanita dalam mencapai kulit wajah yang diidamkan oleh mereka.