Drunk Elephant sangat komited dalam menggunakan bahan-bahan yang memberi manfaat kepada penggunanya.
Menggunakan tahap pH, formulasi yang sesuai untuk kulit dan mudah diserap, kini Drunk Elephant telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu E-RASE™ Milki Micellar Water.
APA ITU E-RASE™ Milki Micellar Water?
Kaya dengan ceramide yang diformulasikan untuk menghilangkan solekan, kotoran, pencemaran dan bakteria secara menyeluruh dan lembut dari kawasan muka dan mata. Micellar water ini tidak meninggalkan kesan iritasi, menjadikan kulit sensitif dan kombinasi unik ini daripada kelembapan ceramide, minyak tumbuhan dan vitamin E telah memberikan micellar water ini keistimewaannya tersendiri.
Diperbuat dengan ultra-mild micelles, vitamin E, pengisian semula asid lemak dan kaya dengan antioksidan, minyak tumbuhan tanpa pewangi seperti marula, baobab, mongongo, biji tembikai, biji xomenia, passionfruit dan almond, E-Rase™ menyuburkan kulit di samping melarutkan dan menghilangkan solekan serta kotoran, dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda memerlukan penyegaran kulit yang cepat.
PERLU ADA DAN MUDAH DIGUNAKAN
E-RASE™ Milki Micellar Water ini cukup lembut dan mesra kulit untuk digunakan di seluruh kawasan muka termasuk di kawasan mata dan bibir. Fungsi micellar water oleh Drunk Elephant ini adalah untuk menghilangkan solekan sama ada sebelum, semasa atau selepas menggunakan pembersih muka. Diformulasikan pada pH 5.0 iaitu sesuai untuk kegunaan kulit.
Sebelum menggunakan E-RASE™ Milki Micellar Water, anda perlu menggoncangkannya terlebih dahulu. Dengan menggunakan kapas, sapukan secara perlahan pada wajah, mata dan bibir. Letakkan beberapa saat di tempat-tempat tertentu seperti bahagian wajah yang menggunakan solekan yang tebal atau banyak. Anda tidak perlu gosok dan skrub ketika menggunakannya.
Micellar water ini boleh digunakan pada bila masa sahaja di antara waktu pembersihan muka anda. Anda juga tidak perlu membilas muka sekiranya menggunakan micellar water ini. Hasilnya anda akan merasai kulit yang bersih, sejuk dan lembut pada setiap kali penggunaannya.
PEMADAM SOLEKAN
Jika anda mempunyai solekan yang ingin dipadamkan, sekarang anda tidak lagi perlu untuk memadamkan keseluruhan solekan anda kerana dengan menggunakan E-RASE™ Milki Micellar Water, anda hanya perlu rendam kapas anda dengan micellar water.
Micellar water ini sesuai digunakan oleh kebanyakkan wanita kerana kita sering mempunyai solekan yang ingin dipadamkan seperti kerosakan maskara, eyeliner, membersihkan eyeshadow dan banyak lagi.
Anda tidak perlu lagi runsing ketika ingin membeli micellar water kerana E-RASE™ Milki Micellar Water oleh Drunk Elephant adalah pilihan yang tepat dan mesti ada untuk setiap wanita kerana micellar water ini merupakan penyelamat wanita!
Jika anda menyukainya, E-RASE™ Milki Micellar Water oleh Drunk Elephant boleh didapati pada harga RM122.00 dan micellar water ini mula dijual pada 14 Julai 2020 di laman web Sephora dan 16 Julai 2020 di Sephora (Fahrenheit 88).