Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Wanista Cuba! Kulit Lebih Sihat Dengan Suplemen Herbalife Collagen Plus Powder

by IamLisa
October 3, 2020
18
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pengambilan minuman suplemen antara alternatif untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

Bagi mengecapi itu semua, Herbalife Nutrition telah melancarkan suplemen kesihatan – Herbalife Collagen Plus Powder untuk membantu para pengguna miliki kulit yang lebih sihat idaman setiap orang.

“Dengan suka citanya kami memperkenalkan Herbalife Collagen Plus Powder di pasaran Malaysia. Kulit merupakan organ terbesar dan paling terdedah perlu dijaga sebaiknya.

Melalui tambahan ini, golongan lelaki dan wanita tanpa mengira usia boleh miliki kulit yang lebih sihat,” ujar Steven Chin, Pengurus Besar dan Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia.

Foto – Arkib Wanista

Penampilan Awet Muda Idaman Semua

Kolagen merupakan sejenis protein yang paling banyak terkandung dalam tubuh kita, ia boleh ditemui dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem penghadaman dan tendon.

Ia memberikan kulit kita kekuatan dan keanjalan, yang bukan saja menyumbang kepada penampilan awet muda, malah memelihara kesihatan kulit. Bagaimanapun, bila penuaan berlaku, pengeluaran kolagen juga berkurang.

Magik Herbalife Nutrition Collagen Plus Powder

Mengandungi kolagen terhidrolisis berasaskan ikan sebagai bahan utama, diperbuat daripada kolagen bermolekul rendah. Ideal bagi mereka yang ingin meningkatkan dan mengoptimumkan pengeluaran kolagen, serta peliharan kesihatan kulit.

Foto – Arkib Wanista

Berbekalkan bahan tambahan seperti CoQ10, vitamin C, B2, B3, B6, Biotin, Zink dan Kuprum, pertumbuhan kolagen dan formasi antioksidan dalam badan dapat digiatkan.

Wanista Dah Cuba

Untuk setiap gelas, anda dikehendaki meletakkan dua sudu powder. Bancuh bersama air suam atau air sejuk mengikut tekak masing-masing, tapi sebaiknya air suam. Rasa agak masam tapi masih lagi sedap. Ambil pada waktu pagi semasa perut kosong.

Foto – Arkib Wanista

Pengambilan berterusan dapat membekalkan nutrien tambahan yang asas untuk kulit dan rambut yang sihat. Seawal seminggu atau dua, kulit wajah terlihat lebih sihat dan kesan glowing. Anda rasa yakin tanpa sebarang solekan untuk menutup cela. Paling penting happy dengan perubahan fizikal.

Jika berminat, boleh semak di laman web rasmi Herbalife untuk maklumat lanjut.

Selamat Beramal!

Tags: herbalifeherbalife nutritionherbalife nutrition collagen plus powderminuman suplemen herbalifeproduk herbalifesuplemen minuman herbalife
Share7SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Kate Spade
Fesyen

Rasai Musim Panas Kate Spade Cabana Pop Up Di KL Journal Hotel

by IamLisa
May 20, 2022
0

Musim panas mengingatkan kamu pada cuaca panas terik, sandal dan selipar, serta fesyen warna-warni yang ceria dan nipis. Kate Spade...

Baca Lagi
Foto - PUMA
Fesyen

#DIVAReview PUMA Run XX Nitro, 3 Sebab Kenapa Ia Eksklusif Untuk Wanita!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Bila sebut tentang kasut larian, DIVA yakin pasti ada yang segelintir individu yang anggap kasut larian semuanya sama. Tak kiralah...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.