Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rasa Seperti Di Spa Dengan Foreo UFO

by Sofie Azizlan
July 21, 2020
Rasa Seperti Di Spa Dengan Foreo UFO
42
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Semakin dunia menjadi moden, pelbagai jenis alat teknologi telah dikeluarkan bagi memantapkan lagi rutin kecantikan harian seorang wanita. Pelbagai jenis syarikat kecantikan berlumba sesama mereka untuk mengeluarkan alat yang dapat membantu wanita untuk kelihatan cantik seperti Foreo.

Jenama Foreo terkenal dengan Luna iaitu cleansing brushes dan yang terkini adalah UFO Smart Mask Treatment. 

Foreo Luna dan Foreo UFO.  Foto – Arkib Wanista

APA ITU UFO?

Foto – Arkib Wanista

UFO diwujudkan disebabkan oleh kecantikan dan teknologi yang berfokuskan kepada rawatan wajah seperti di spa yang hanya memerlukan 90 saat. UFO menggabungkan kelebihan face mask yang mempunyai teknologi inovatif untuk memastikan setiap wanita yang menggunakannya dapat manfaat sepenuhnya daripada face mask mereka.

GIF – The Beautiful Lifestyle

Peranti ini berfungsi dengan menggunakan Hyper Infusion Technology dan terapi cahaya LED RGB yang memberikan rawatan tahap professional walaupun anda menggunakannya di rumah. Gabungan Hyper Infusion Technology ini adalah Cryo-Theraphy (penyejukan), Thermo-Theraphy (pemanasan) dan denyutan T-Sonic yang membolehkan formula face mask ini meresap ke dalam kulit.

GIF – Foreo

Gabungan cahaya LED RGB iaitu merah, hijau dan biru yang memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya. Antara manfaatnya adalah, lampu berwarna merah berfungsi sebagai merangsang kolagen manakala lampu berwarna hijau bertindak sebagai mencerahkan kulit dan lampu berwarna biru digunakan dalam membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Sebelum pengeluaran peranti UFO ini, ramai wanita menghabiskan wang mereka bagi mendapatkan rawatan lampu LED di spa.

SET UFO

Sekiranya anda membeli Foreo UFO Smart Mask Treatment, anda akan mendapat:

  • Make My Day Activated Mask
  • Plastic stand
  • Kabel pengecasan USB
Foto – Foreo

BAGAIMANA NAK GUNA? [Android & AppStore]

Foto – Arkib Wanista

Anda perlu muat turun aplikasi Foreo dan ikuti arahan untuk memasangkan peranti UFO. Dalam aplikasi tersebut, anda perlu mengimbas barcode dan rawatan yang sesuai untuk anda akan diselaraskan secara automatik ke peranti UFO. Rawatan face mask akan dimulakan secara langsung dari aplikasi Foreo.

GIF – Foreo

Pada peranti UFO, tanggalkan attachment ring dan keluarkan UFO Activated Mask daripada sachet. Letakkan mask pada peranti UFO kemudian kemaskannya menggunakan attachment ring yang diletakkan kembali di tempat asalnya dengan logo Foreo yang menghadap ke atas.

IKLAN

Foto – Arkib Wanista

Gerakkan UFO secara perlahan-lahan ke seluruh permukaan kulit wajah yang bersih dan kering. Buatkan gerakan urutan secara membulat sehingga peranti terhenti dengan sendiri iaitu menandakan berakhirnya rawatan anda. Buang mask tersebut dan bilas UFO di bawah air yang mengalir.

View this post on Instagram

Sebagai smart mask transenden, UFO menggabungkan teknologi dengan Formula mask Korea eksklusif untuk rawatan wajah dalam beberapa saat. Rasakan keindahan inovasi, dan ubah wajah anda dengan UFO. . HYPER-INFUSION TECHNOLOGY – Menggunakan kulit anda tindak balas semula jadi terhadap panas dan sejuk serta denyutan T-Sonic khas untuk memastikan anda memanfaatkan sepenuhnya setiap rawatan mask. . HYPER-INFUSION TECHNOLOGY WARMING – Apabila UFO secara beransur-ansur menghangatkan dalam mod Thermo-Therapy, ia memasukkan bahan mask aktif ke dalam kulit, menjadikannya lebih berkesan dalam masa yang singkat. . HYPER-INFUSION TECHNOLOGY COOLING – Mod Cryo-Therapy adalah cara yang mudah untuk mengurangkan penampilan liang dan mengurangkan bengkak. UFO menyejukkan serta merta dan menyegarkan kulit. . HYPER-INFUSION TECHNOLOGY T-SONIC™ PULSATIONS – Teknologi yang dipatenkan ini meningkatkan penyerapan bahan topeng aktif dan menjadikan anda kulit yang berseri dan kelihatan sihat. . Foreo UFO Smart Mask Treatment boleh didapati di foreo.com atau @foreo_my

A post shared by WanistaMY 🇲🇾 (@wanistadotcom) on Jul 20, 2020 at 9:17pm PDT

Lebihan esen di permukaan wajah, anda boleh mengurutnya menggunakan tangan sehingga diserap sepenuhnya. Kemudian anda boleh menggunakan pelembab muka kesukaan anda selepas itu.

Jika anda seorang wanita yang sering menghabiskan hujung minggu anda di rumah tetapi inginkan kulit yang cantik seperti pergi ke spa, Foreo UFO adalah solution anda untuk kekal cantik tanpa mengeluarkan wang yang banyak.

Untuk mendapatkan Foreo UFO, anda boleh membeli di laman web rasmi foreo.my atau di Instagram @foreo_my.

Tags: face maskforeo malaysiaforeo ufo smart mask treatmentforeo.commacam mana nak cantik dengan foreomaskMask Sheetsmart mask treatmentspa di rumahtopeng mukaufo
Share17SendShare

Artikel Berkaitan

“Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!
Kecantikan

“Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

by Iza B
June 26, 2022
0

Bulu mata panjang, lebat dan lentik antara sifat kecantikan yang menjadi idaman setiap insan. Tidak kira wanita mahupun lelaki, siapa...

Baca Lagi
Ini Alasan Face Oil Sebenarnya Baik Untuk Kulit Berminyak
Kecantikan

Ini Alasan Face Oil Sebenarnya Baik Untuk Kulit Berminyak

by Iza B
June 25, 2022
0

Keliru bukan bila baca tajuk kali ini? Bukan ke lagi berminyak kulit kalau tambah pula face oil atau minyak muka...

Baca Lagi
Parut Post-Breakout Tiada Lagi Dengan Produk Diyakini Berkesan Ini!
Kecantikan

Parut Post-Breakout Tiada Lagi Dengan Produk Diyakini Berkesan Ini!

by Sofie Azizlan
June 24, 2022
0

Psst... Sebelum picit jerawat yang timbul dekat muka, fikir dulu kesannya selepas itu. Bukan apa bila picit jerawat, nanti muka...

Baca Lagi
Akhirnya Skincare Kegemaran Ramai ‘The Ordinary’ Tiba Di Sephora Malaysia
Kecantikan

Akhirnya Skincare Kegemaran Ramai ‘The Ordinary’ Tiba Di Sephora Malaysia

by IamLisa
June 23, 2022
0

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi produk penjagaan kulit 'The Ordinary' kerana rata-rata orang mengagumi kebaikannya. Misi jenama ini untuk meraikan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    10 Gambar Instagram Bukti Bella Hadid Anak Emas Versace

  2. 2

    “Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

  3. 3

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  4. 4

    Lebih Moden Untuk Si Ibu, Gaya Zahirah MacWilson Jadi Pilihan DIVA

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.