Tiada apa yang lebih indah apabila hubungan suami isteri semanis madu dan susu, menjaga hubungan yang harmoni antara suami dan isteri bukan perkara mudah. Jadi untuk kuatkan lagi hubungan kamu berdua, semarakkan api cinta di bilik tidur dengan posisi intim yang hot!
Ingin cuba hangatkan ranjang bersama yang tersayang? Kamu boleh cuba lakukan beberapa posisi intim ini untuk kuatkan hubungan suami isteri bersama.
#1 Doggy Stail Bersama Vibrator
Menggunakan vibrator saat berasmara mampu menghangatkan ranjang kamu dan suami ke tahap yang lebih hebat lagi.
Bukan itu saja, dengan menggunakan alat seks seperti ini kamu dapat membina rasa percaya pada pasangan bagi mencipta hubungan intim yang selesa dan puas.
#2 Puaskan Fantasi Dengan Cosplay!
Selain memakai lingerie yang seksi, apa kata kamu mencuba sesuai yang lain seperti bercosplay atau memakai kostum karakter yang menarik bagi merangsang asmara diantara kamu dan pasangan.
Lagi pula dengan bercosplay sambil mengikut karakter merupakan foreplay menarik, dan membuatkan pasangan kamu gila pada kamu dengan aura dominasi kamu kerana kostum karakter yang kamu pakai.
Menarik bukan? Sambil menikmati hubungan ranjang yang puas, hubungan juga menjadi utuh tatkala bersama.
#3 Tango Stail, Dua Lebih Baik Dari Satu
Aksi intim sambil berdiri secara berdepan seperti ini akan membuatkan kamu dan pasangan saling memerhatikan riak wajah masing-masing, dari situ kamu dapat melihat betapa kuatnya api cinta dalam diri kamu dan pasangan.
#4 Women Rules
Posisi ini memberikan kamu rasa kawalan dengan mengikut rentak keinginan diri dengan lebih dominan. Bukan itu saja, menerusi posisi ini kamu dapat mengetahui betapa tinggi sikap toleransi pasangan kamu terhadap diri kamu ketika berasmara dengan kamu dengan melakukan posisi ini.
Dengan sikap saling bertoleransi yang dibina ketika diranjang, tak mustahil hubungan kamu dan pasangan menjadi lebih baik dan mampu bersikap toleransi dalam perkara lain. Betul tak?
#5 Upskirt, No Problem!
Tiada apa yang dapat menaikkan asmara pasangan kamu selain dari posisi ini, biarkan pasangan kamu ‘bekerja keras’ jika ingin mendapatkan kamu.
Kamu dapat lihat usaha dan teknik padu pasangan menerusi adegan ini, kamu yang masih lengkap berpakaian membuatkan pasangan jadi lebih bersemangat untuk ‘bekerja’.
#6 Target Lock-On!
Cara old school selalunya yang terbaik, posisi ini dapat memberikan kamu dan pasangan nikmat di ranjang dengan lebih hebat lagi. Tambahan lagi, sambil berasmara dan berpelukan sebegini mengutuhkan lagi rasa cinta dan sayang kamu dan pasangan!
#7 Komunikasi Cinta Dengan Posisi Bunga Teratai
Siapa kata semasa berasmara tak boleh berkomunikasi? Dengan posisi bunga teratai ini kamu dan pasangan dapat berkomunikasi dari hati ke hati tentang apa jua masalah yang kamu pendam kepada pasangan.
Dan dalam masa yang sama juga kamu dan pasangan dapat menikmati asmara di ranjang menerusi posisi ini, sekaligus menjadikan ikatan kamu suami isteri bertambah erat.
Tak ada idea nak semarakkan hubungan kamu dan pasangan, dengan posisi intim yang hangat ini pasti boleh. Tambahan lagi, untuk kuatkan api cinta bukan sekadar kena jaga makan, pakai suami saja, wanita juga kena pandai hangatkan ranjang untuk kunci jiwa pasangan kamu.
Lagi pun a good and healthy sex life, makes a relationship grow stronger..
Selamat beramal♥