Gummy smile terjadi apabila terlalu banyak tisu gusi yang membuatkan gigi anda pendek dan menyebabkan senyuman anda kelihatan tidak seimbang. Kebanyakkan individu yang mempunyai gummy smile ini mewarisi daripada keluarga.
Jika ada ahli keluarga anda yang mempunyai gummy smile ini, berkemungkinan besar anda turut mempunyainya. Gummy smile ini juga cenderung berlaku terhadap wanita berbanding lelaki.
KESAN
#1 GIGI MENJADI PENDEK
Jika anda melihat gigi anda menjadi pendek atau kecil, anda tidak perlu risau kerana gigi anda tiada masalah, malah situasi ini terjadi disebabkan oleh gusi anda tumbuh secara berlebihan.
#2 GUSI TERLAMPAU MENONJOL KETIKA SENYUM
Bagi sesetengah individu, apabila mereka senyum, sebahagian besar gusi mereka menarik perhatian berbanding dengan gigi yang sihat dan cantik.
FAKTOR
#1 TISU GUSI BERLEBIHAN
Sebilangan daripada kita mempunyai lebihan tisu pada gusi. Bagi situasi sebegini, gigi akan kelihatan pendek kerana sebahagian gigi ditutupi oleh tisu gusi. Gusi yang tumbuh di atas gigi dipanggil sebagai gingival hypertrophy.
#2 BIBIR ATAS PENDEK ATAU HYPERAKTIF
Jika bibir atas anda terlalu pendek, ia akan menonjolkan gusi anda apabila anda senyum. Bagi individu yang mempunyai bibir yang normal dan ideal, bibir mereka tidak akan menonjolkan gusi apabila tersenyum tetapi berbeza dengan orang yang mempunyai gummy smile.
#3 MASALAH RAHANG
Pertumbuhan secara berlebihan pada rahang dikenali sebagai vertical maxillary excess. Situasi ini akan menyebabkan gusi anda membesar dan mengganggu keseimbangan senyuman anda.
RAWATAN
#1 PEMBEDAHAN REPOSISI BIBIR
Apabila digabungkan dengan rawatan ortodontik, pembedahan semula bibir untuk menjadikannya normal merupakan alternatif yang baik semasa pembedahan rahang.
#2 ORTODONTIK
Apabila gummy smile anda disebabkan oleh masalah ringan yang berkaitan dengan rahang atau gigitan anda, rawatan ortodontik dapat mengubah kedudukan gigi anda sekaligus dapat mengurangkan jumlah tisu gusi yang ditunjukkan apabila anda tersenyum.
(Nota: Rawatan ortodontik bertujuan untuk meluruskan gigi yang tidak berada dalam kedudukan yang sesuai untuk meningkatkan penampilan anda serta kesihatan mulut.)
#3 PORCELAIN VENEERS ATAU CROWN
Melakukan pemulihan seperti veneer atau crown boleh menjadikan gigi anda kelihatan panjang dan menyeimbangkan senyuman anda.
#4 PEMBEDAHAN PEMBETULAN RAHANG
Untuk melakukan pembedahan ini, penonjolan rahang dari sederhana sehingga teruk akan memerlukan pembedahan ortognatik dan ortodontik.
(Nota: Rawatan ortognatik ialah pembedahan yang dilakukan apabila rahang tidak selaras dan mengganggu aktiviti seharian seperti mengunyah, bercakap, menelan yang menyukarkan dan menyakitkan.)
#5 BOTOX
Penggunaan botox boleh digunakan oleh doktor untuk membatasi pergerakkan bibir atas anda apabila senyum. Walaupun rawatan ini sementara, ia dapat memberikan hasil yang cantik dengan harga yang berpatutan.
#6 LASER GUM CONTOURING
Rawatan ini adalah kebiasaan yang dilakukan apabila pesakit ingin membuat rawatan. Doktor akan menggunakan laser tisu lembut untuk menghilangkan tisu gusi iaitu dengan memperbaiki bahagian antara gigi dan gusi.
Gummy smile ini tidak terjadi kepada orang biasa sahaja, malah kebanyakkan selebriti juga mengalami situasi ini.
Sekiranya gummy smile mempengaruhi self-esteem atau anda mengambil berat tentang kesihatan gusi, anda mempunyai pilihan untuk merawatnya.
Anda perlu berjumpa dengan pakar pergigian yang diiktiraf di mana mereka akan membantu dan memenuhi keperluan anda sehingga anda memperolehi senyuman yang sempurna.