“Eh, sekarang ini rutin 10 langkah skincare Korea tu, orang tak follow dah.
Habis tu rutin apa pula yang wanita zaman sekarang guna?
Sekarang ini semua dah beralih arah kepada rutin skincare diet sahaja, memang berkesan!”
Skincare Diet? Apa sebenarnya skincare diet ini, kenapa rutin penjagaan wajah skincare diet lebih berkesan berbanding rutin skincare Korea yang banyak langkah itu. Ikuti kupasan dunia kecantikan dan penjagaan wajah yang betul bersama penulis di bawah.
Rutin Ringkas Adalah Yang Terbaik
Kita biasa dengar “10 langkah penjagaan wajah cara wanita Korea” atau “8 cara penjagaan muka stail Korea” yang dipropagandakan oleh pihak pemasaran, demi melariskan produk-produk yang mereka jual.
Banyak jenama-jenama produk terkenal dunia menjual istilah “inspired by Korean skincare”, dan mulalah ramai wanita berebut-rebut untuk mendapatkan produk tersebut.
Tapi pernah tak kamu berfikir kenapa dah pakai produk tersebut sambil mengikuti rutin skincare yang banyak dan leceh, tapi kesannya muka tak flawless seperti kulit wajah wanita Korea pun!
“Less Is More”
Sebenarnya langkah penjagaan wajah Korea yang sebenar adalah penggunaan produk mengikut jenis kulit dan rutin skincare yang ringkas sahaja. Jangan mudah terpedaya dengan propaganda pemasaran produk yang ada di pasaran.
Go back to basic! Rutin skincare yang betul adalah kembali semula pada yang asas tak perlu pun ikut langkah skincare yang banyak itu, sebab “less is more” pegang kunci ini kalau nak kulit flawless dan sihat.
Skincare Diet Rahsia Kejelitaan Wajah Wanita Korea
Di Korea, wanita telah memulakan pergerakan “Skincare Diet”, di mana ia memfokuskan tentang kesedaran untuk melakukan rutin skincare secara asas dan ringkas.
Langkah rutin skincare yang minima, penggunaan produk yang betul dan melakukan rutin tersebut secara tetap, barulah kulit menjadi sihat, cantik dan jelita.
3 Perkara Penting Rutin Skincare Diet Kalau Nak Cantik
Ketahui Jenis Kulit
Untuk mengikuti rutin ini perkara utama sekali yang kamu perlu tahu adalah, apakah jenis kulit yang kamu miliki, adakah ia kulit jenis normal, sensitif, kering atau kombinasi. Dengan mengetahui jenis kulit, barulah kamu tahu produk mana yang sesuai untuk kamu gunakan.
Pelembap Tak Boleh Tinggal
Dalam skincare diet ini, penggunaan krim pelembap sangat penting kerana dalam rutin penjagaan kulit wajah apa yang penting setelah mencuci muka adalah, penggunaan krim pelembap.
Cukup dengan memakai krim pelembap pada kulit sudah memadai, tak perlu krim wajah yang lain yang hanya membebankan kulit.
Wajib Pakai Sunscreen @ SPF
Nak tahu kenapa sesetengah wanita Korea mendapat gelaran vampire? Ini adalah kerana wanita Korea akan mewajibkan diri mereka memakai sunscreen dengan SPF yang tinggi bagi melindungi kulit mereka.
Dan apabila keluar dari rumah, mereka juga seboleh-bolehnya akan berjalan di tempat teduh bagi mengelakkan pancaran sinaran matahari pada kulit mereka.
Jadual Skincare Diet Yang Boleh Kamu Guna
Lepas ni tak payah susah-susah lagi nak ikut langkah rutin skincare Korea yang banyak tu, cukup dengan amalkan jadual rutin skincare diet yang minima untuk miliki kulit sihat, licin dan cantik berseri.
Waktu Pagi
- Cuci muka bersama pencuci muka
- Sapu krim pelembap muka
- Dan pakai krim sunscreen muka
Waktu Malam
- Cuci muka bersama pencuci muka, sambil-sambil tu urut sekali muka bagi menenangkan urat dan otot muka yang tegang.
- Sapu krim pelembap pada kulit muka, sapu perlahan-lahan sehingga krim menyerap masuk dalam kulit.
Lepas ini jangan mudah terpedaya dengan propaganda pemasaran yang menunjukkan rutin skincare dengan langkah yang panjang bersama penggunaan produk-produk yang berbeza.
Cukuplah diri kamu sudah lama di tipu selama ini, jadi kembali semula pada yang asas untuk dapatkan kulit flawless, sihat, muda remaja dan cantik berseri!