“Eh, usia dah masuk 30 tahun lebih tapi kenapa aku tengok kulit muka kau muda remaja macam usia 20 lebih ni? Apa rahsia kau, kongsilah!”
Siapa yang tidak mahu wajah kelihatan muda, tegang, anjal dan berseri meski usia semakin meningkat bukan?
Kini wanita tak perlu risau dengan masalah kulit wajah kendur, tidak bermaya, dan muncul tanda-tanda penuaan kerana dengan Foreo Bear™ ini, kulit kamu akan kembali anjal dan tegang seperti remaja!
Foreo Bear™ Rahsia Kesempurnaan Wajah Wanita
Foreo nama tidak asing lagi dalam dunia kecantikan apabila syarikat dari Sweden ini mula memperkenalkan produknya di pasaran sejak 2013. Foreo menggabungkan sains teknologi bagi menghasilkan produk kecantikan untuk wanita moden masa kini.
Dan Foreo Bear™ ini merupakan antara produk terbaru yang dihasilkan bagi membantu wanita mendapatkan wajah muda remaja.
Pasti ramai nak tahu apa yang membuatkan Foreo Bear™ ini sangat istimewa bukan? Ini antara manfaat yang kamu dapat dengan menggunakan Foreo Bear™.
Kulit Wajah Tidak Kendur, Malah lebih Tegang & Kuat!
Kalau nak tahu, Foreo Bear™ ini menggunakan teknologi microcurrent dan getaran T-Sonic™ untuk membantu lebih 65 otot di wajah dan leher kamu bersenam, lalu menjadikan otot di muka yang hilang kekuatan menjadi kembali tegang dan kuat.
T-Sonic™ Buat Wajah Jadi Gebu & Bersinar
Untuk pengetahuan semua getaran T-Sonic™ ini akan bergetar sehingga ke liang pori bagi meningkatkan pelancaran darah, membuang toksin, melegakan kulit wajah yang tegang dan hasilnya membuatkan kulit jadi lebih gebu dan bersinar.
Kini Senaman Wajah Lebih Mudah Dengan Foreo Bear™
Wanita biasanya malah nak buat senaman wajah, kerana merasakan ianya terlalu leceh tetapi dengan Foreo Bear™ ini kerja kamu akan jadi lebih mudah dan cepat.
Foreo Bear™ ini direka khas dengan fungsi mircocurrent yang boleh laras untuk kamu pilih sebagai senaman wajah. Dan paling penting produk ini juga mempunyai Anti-Shock System™ di mana ia sangat selamat dan berkesan melindungi dari renjatan elektrik.
Kulit Kaya Dengan Kolagen, Anjal & Tegang
Foreo Bear™ menggunakan microcurrent yang dikeluarkan oleh bahagian bebola (telinga bear). Apabila microcurrent digunakan setiap hari, kulit kamu akan mula menghasilkan kolagen, merawat kulit dari dalam agar menjadi tegang, anjal dan juga menjadi ketat dengan arus elektrik yang digunakan pada kulit wajah.
Nikmati SPA Mini Di Rumah
Tahu tak sebenarnya, microcurrent yang Foreo Bear™ miliki ini merupakan microcurrent yang sering para selebriti terkenal dunia terima semasa membuat rawatan wajah di spa-spa terkenal.
Wow, serius tak sangka alat mini ni sama taraf dengan peralatan spa para selebriti selalu guna untuk rawatan wajah!
Lepas ni, nikmati spa mini di rumah dengan menggunakan Foreo Bear™ ni je di rumah. Lagipun ianya mudah, cepat dan selamat digunakan.
Rekaan Comel Dan Ergonomik!
Foreo Bear™ ini bukan saja comel, rekaan bulat melengkung ini cukup menarik. Ditambah pula dengan penggunaan ultra-hygienic silikon warna fuchsia, ia menjadikan produk Foreo Bear™ ini cukup menarik dan elegan.
Guna Foreo Bear™ Dengan Betul, Barulah Kulit Muda Remaja
Bagi yang memiliki kulit wajah yang kendur, tidak tegang, kulit tidak lagi anjal seperti masa zaman muda remaja kini kamu boleh kembalikan remajakan kulit wajah dengan menggunakan Foreo Bear™. Cara nak guna pun sangat mudah, tak percaya jom tengok lihat di bawah.
Set Foreo
Untuk pengetahuan semua apabila membeli set Foreo ini, kamu akan mendapat:
- Foreo Bear™ warna fuchsia
- Wayar USB (untuk mengecas Foreo Bear™)
- Tempat letak Foreo Bear™ (mini holder)
- Serum tester Foreo dan
- Beg kantung warna merah jambu bagi menyimpan Foreo Bear™
- Kad QR kod
#1 – Muat Turun Aplikasi Foreo
Dah buka kotak set Foreo Bear™ ni, kemudian tiba masa untuk kamu muat turun aplikasi Foreo di Google Play Store atau App Store di dalam telefon pintar kamu.
#2 – Daftar Foreo Bear™ Guna QR Kod
Apa dah muat turun aplikasi Foreo dalam telefon pintar, buka aplikasi tersebut kemudian mula daftar Foreo Bear™ dengan mengisi butiran yang dinyatakan seperti tarikh pembelian, upload gambar Foreo dan di mana kamu beli alat tersebut (lihat gambar contoh di bawah).
#3 – Aktifkan Foreo Bear™
Selepas telah mendaftar Foreo Bear™, aplikasi Foreo akan menyuruh kamu mengaktifkan bluetooth telefon pintar dan dalam masa yang sama kamu juga harus menghidupkan Foreo Bear™ bagi menghubungkan alat tersebut dengan aplikasi Foreo.
#4 – Cuci Muka Bersih-Bersih, Keringkan Dan Sapu Serum Muka
Untuk makluman, penulis tak dapat nak cuba serum Foreo ni pada muka kerana masalah breakout yang teruk, jadi penulis sapu serum di tangan. MasyaAllah, rasa serum yang sejuk menyerap masuk ke dalam tangan, rasa lembap je kulit tu! Tak kering.
Ini gambaran sebenar (lihat gambar di bawah) bila dah cuci muka, dah keringkan muka dan kemudian pakai serum Foreo di muka.
Psst, kamu boleh guna mana-mana jenis serum yang ada apabila nak guna Foreo Bear™ ni, tak semestinya kena guna serum Foreo. Ikut suka masing-masing.
#5 – Sesi Mengurut Bersama Foreo Bear™ Bermula!
Selepas dah sapu serum pada kulit, mulalah sesi kerja-kerja mengurut. Tekan butang dan urut kulit perlahan-lahan sambil mengikut video tutorial yang dipaparkan menerusi aplikasi Foreo.
Ini antara gambaran menggunakan Foreo Bear™ di muka (lihat gambar di bawah), urut dengan cara satu hala saja tau. Urut selama tiga minit secara lembut dan perlahan-lahan pada kulit.
Set Foreo Bear™ Untuk Kulit Tegang & Muda Remaja [BELI]
Serum Foreo Untuk Awet Muda & Berseri [BELI]
Siapa nak kulit awet muda, tegang, anjal dan sihat, Foreo Bear™ ini adalah rakan baik kamu! Bagi yang inginkan kesan yang lebih baik, gunakan Foreo Bear™ bersama serum Foreo, muka jadi lebih muda seperti belasan tahun.
Selamat mencuba♥