Setiap musim akan muncul beberapa trend yang dikenakan oleh para selebriti, sama ada tempatan atau antarabangsa.
Trend yang dimaksudkan di sini ialah pilham beg tangan yang digayakan mereka. Sejak kebelakangan ini, beberapa selebriti dilihat acapkali mengenakan beg tangan dari jenama yang satu ini.
Sekiranya anda mencari beg berjenama, pertimbangkan koleksi baru dari Christian Dior. Dinamakan Dior Bobby Bag! Direka oleh Maria Grazia Chiuri untuk koleksi musim luruh 2020, Bobby menangkap keanggunan label mewah Perancis yang abadi dengan cara kontemporari.
Bobby memperkenalkan gaya yang kompak dan praktikal, menjadikannya pilihan bagus untuk fesyen kasual harian.
Sejak munculnya Bobby, kami lihat beberapa bintang popular sakan mempromosi dan menggayakan beg ini dengan stail yang tersendiri.
Heart Evangelista
Bae Suzy
Blackpink Jisoo
Lee Sung Kyung
Somi
Angela Baby
Neelofa
https://www.instagram.com/p/CBSMaS0n4tz/?utm_source=ig_embed
Yoyo Kulala
Cantikkan.. Nak tahu, nama Dior Bobby dinamai sempena anjing kesayangan Christian Dior!