Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rahsia Cantik Wanita Perancis Tiba Di Malaysia

by IamLisa
June 12, 2020
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wanita Perancis terkenal dengan kecantikan semula jadi. Mereka selesa tampil ringkas tanpa mengenakan solekan berat. Mereka mementingkan soal penjagaan wajah. Mereka embrace kecantikan diri dengan megahnya.

Berita baik sekarang rahsia mereka bakal terbang ke Malaysia!

Foto – FB Embryolisse Malaysia

Jenama penjagaan kulit dari Perancis, Laboratoires Embryolisse membuat debut di Malaysia buat kali pertama pada Mei 2020. Embryolisse menghasilkan pelbagai produk pakar yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit – kulit biasa, sensitif, kering dan kusam.

Guna Formula Unik

Kesemua produk Embryolisse adalah berkonsepkan formulasi yang unik – Physio-Cosmetology, iaitu satu perikatan di antara dunia penjagaan kulit dan kecantikan; terdiri daripada menggunakan bahan-bahan yang betul dengan dos yang tepat lantas mampu memberikan kelembutan kulit wajah dan membetulkan embalan agar mencantikkan kulit tanpa nampak lesu, penat dan menjadikan kulit lebih sensitif.

Rangkaian Produk Embryolisse. Foto – FB Embryolisse Malaysia

Setiap bahan-bahan dipilih cukup rapi dengan sifat-sifat terbukti, sama ada perubatan lampau atau seni tradisi kosmetik, dan digabungkan dengan sistem aktif dermatologi canggih seperti hyaluronik asid dan kolagen.

Formulasi semula jadi Embryolisse juga menyepadukan bahan-bahan alam semula jadi terutamanya daripada bunga dan buah-buahan. Produk Embryolisse mempunyai ramuan dan kandungan dos yang betul dan sesuai digunakan walaupun buat kulit wajah yang sensitif.

Jadi Pilihan Selebriti Dunia

Oleh sebab formulasi Embryolisse memberikan kulit kesan cantik dan kekal remaja, ia terus menjadi kegemaran juru solek profesional dan para selebriti terkenal. Produk ini adalah item yang sangat diperlukan untuk kegunaan belakang tabir seperti acara pertunjukan fesyen, sesi fotografi fesyen, acara TV, persembahan teater dan filem.

Ramai bintang kelas A serta model yang mengikut tip juru solek mereka lantas menjadi pengguna setia jenama ini seperti Sienna Miller, Elizabeth Jagger, Gwyneth Paltrow, Lea Seydoux, Poppy Delevingne, Scarlett Johansson dan ramai lagi.

Poppy Delevingne dan Scarlett Johansson. Foto – Arkib Wanista

Embryolisse akan membawa koleksi ini ke Malaysia:

  • Pembersih wajah dan Pembersih Solekan – Koleksi pembersih wajah dan solekan ini memastikan kulit kekal bersih. Produk penjagaan kulit ini dihasilkan agar sesuai untuk semua jenis kulit, ia lembut membersihkan kulit lantas menjadikan kulit kelihatan segar dan sihat.
  • Pelembap – Produk pelembap pula cukup disarankan buat kulit yang terlalu sensitif serta kering. Dengan menggunakan produk ini, kulit menjadi lebih lembut dan mengembalikan keceriaan kulit juga menjaga lapisan luar kulit.
  • Penjagaan Kulit Berkhasiat – Dapatkan semula sensasi kulit yang terpelihara dengan penggunaan produk yang berkhasiat, serta membantu memulihkan kulit bernutrien yang memberi kelembutan dan keselesaan pada kulit.
  • Rahsia Artis – Satu koleksi primer, illuminator dan skin corrector dilancarkan bersama barisan juru solek untuk mempamerkan kejelitaan semula jadi wanita. Kulit tanpa cela ditambah baik dari hari ke hari.
Foto – FB Embryolisse Malaysia

Produk ini dijual secara eksklusif di Guardian seluruh negara dan juga platform online seperti Zalora Malaysia, Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia.

Untuk info lanjut, sila lawati Facebook atau Instagram.

Tags: cara orang perancis jaga mukafrench skincareproduk kecantikan perancisproduk perancisrahsia kecantikan wanita perancisskincarewanita perancis
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Makeup.com
Kecantikan

Tengah Trending! Ini Produk Mekap Paling Popular Di TikTok

by Iza B
May 29, 2022
0

Kalau anda rajin swipe video mekap di TikTok, tentu terserempak dengan pelbagai video tutorial solekan, penjagaan wajah atau sekadar unboxing produk...

Baca Lagi
Foto - Glamour
Kecantikan

Rambut Lurus & Nipis? Tunjuk Contoh ‘Hair Cut’ Ini Bila Ke Salon

by Iza B
May 28, 2022
0

Bila sampai masa untuk menukar stail rambut sudah tentu gelombang dilema datang menerpa. Ada sahaja yang tidak kena dengan bentuk...

Baca Lagi
Foto - Rolling Stone
Kecantikan

mise en scène HELLO CREAM: Gayakan Rambut Seperti BLACKPINK

by IamLisa
May 27, 2022
0

Tergoda melihat warna rambut oren Jennie? Nah, kamu pun boleh mendapatkan rambut secantik itu dengan menggunakan ini! Jenama kosmetik rambut...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

#DIVAKongsi Masa Yang Paling Tepat Untuk Buang Produk Kecantikan Kamu

by IamLisa
May 27, 2022
0

Masuk sahajalah ke bilik anak gadis atau wanita, pasti dipenuhi dengan barang-barang kecantikan yang kadang-kala melebihi ruang simpanan. Pembayang mata,...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.