Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Cita-Cita Nak Jadi Jururawat, Ini Yang Kamu Kena Buat

by Mas Idayu
June 11, 2020
6k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Kau lepas habis SPM ni nak jadi apa. Hah, jururawat? Seriuslah, bukan senang tau nak mohon kursus jururawat ni”

Bagi adik-adik yang berminat nak jadi jururawat dan memberi bantuan kepada pesakit adalah nilai moral yang cukup murni. Impian dah ada cuma tak tahu macam mana nak realisasikan, betul tak? Di sini penulis kongsikan serba sedikit bagaimana kamu boleh capai impian tersebut.

Untuk menjadi jururawat terdapat dua cara yang boleh kamu pilih bagi menjadi seorang jururawat, yang pertama memohon kursus diploma kejururawatan menerusi SPA dan yang kedua adalah melanjutkan pelajaran di kolej atau universiti swasta yang menawarkan kursus diploma kejururawatan yang diikhtiraf oleh kerajaan.

Misi Menjadi Jururawat Bermula!

Foto – TV Sarawak

Bagi yang ingin menjadi jururawat menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia, kamu harus memohon menerusi laman sesawang SPA. Jangan pening kepala lagi, ikut langkah satu persatu InsyaAllah dipermudahkan urusan kamu nanti.

Aspek Penting Perlu Ada Dalam Diri Sebagai Jururawat

Foto – Financial News

Bagi nurse-wanna-be seperti kamu, aspek yang penting untuk terus berada dalam kerjaya ini adalah memfokuskan tenaga dengan memberi perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat.

Kamu juga harus memiliki ciri-ciri seorang yang penyayang, penyabar, berdisiplin dan boleh bekerjasama dengan ahli pasukan kesihatan yang lain.

Kelayakan Untuk Menjadi Jururawat

Nak jadi jururawat kenalah semak dahulu sama ada kamu layak atau tidak bagi memohon kursus tersebut, nah cuba semak syarat kelayakan di bawah.

IKLAN

Foto – Harian Metro
  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki/Perempuan (belum berkahwin)
  • Umur antara 17 – 25 tahun pada tarikh permohonan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikhtiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diikhtiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Lulus dengan kredit dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta tiga mata pelajaran lain.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Cara Memohon Diploma Kejururawatan KKM

Dah semak kelayakan, tibalah masa untuk membuat permohonan bagi mengikuti kursus diploma kejururawatan menerusi SPA. 

Foto – Medium
  • Permohonan secara online, Borang Pendaftaran Perkerjaan Di Sektor Awam (SPA8i), di laman SPA [SINI]. Permohonan berdasarkan ‘Sistem Mengambil Sepanjang Masa’ (SMSM), tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
  • Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman SPA.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan:
    ♥ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, bahagian pengambilan khas di talian 03-8885 6254/ 6264/ 6296
    ♥ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, urusetia cawangan Sabah di talian 088-488 922
    ♥ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, urusetia cawangan Sarawak di talian 082-240 011

Senarai Institut Latihan Kementerian Kesihatan

Apabila kamu telah selesai membuat permohonan, sabar dan tunggu status sehingga diberitahu, bagi yang bakal atau telah berjaya membuat permohonan, ini antara senarai potensi institut yang bakal menjadi tempat latihan kamu nanti.

  • Kolej Kejururawatan Alor Setar
  • Kolej Kejururawatan Sungai Petani
  • Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
  • Kolej Kejururawatan Kuala Pilah
  • Kolej Kejururawatan Melaka
  • Kolej Kejururawatan Muar
  • Kolej Kejururawatan Johor Bahru
  • Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu
  • Kolej Kejururawatan Kubang Kerian
  • Kolej Kerujurawatan Sibu
  • Kolej Kejururawatan Sandakan
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Perak

Subjek Penting Untuk Jadi Jururawat

Bagi yang bakal atau telah berjaya, pasti kamu tertanya-tanya mata pelajaran apakah yang bakal kamu pelajari untuk menjadi seorang jururawat. Nah ini antara subjek-subjek yang perlu kamu pelajari sepanjang tempoh tiga tahun latihan.

Foto – JobCari
  • Sains Kesihatan
  • Perawatan Medikal
  • Perawatan Obstetrik
  • Perawatan Kesihatan Komuniti
  • Perawatan Kecemasan
  • Sains Tingkah Laku
  • Perawatan Surgikal
  • Perawatan Pediatrik
  • Bahasa Inggeris 
  • Perawatan Ginekologi

Bagi adik-adik yang ingin menjadi jururawat, semoga berjaya merealisasikan impian masing-masing dan menjadi seorang jururawat yang memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Semoga berjaya!

Rujukan: 1, 2, 3

Tags: Cara Mohon Jadi JururawatCara Nak Jadi JururawatDiploma Kejururawatanjururawatjururawat malaysiaKelayakan Jururawat Malaysia
Share2392SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

February 16, 2021
Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

December 23, 2020
Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

October 28, 2020
Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

October 27, 2020
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  3. 3

    Hermes & Baju Kurung – Gandingan Tak Jemu Che’ Puan Besar Khaleeda Yang Mempesona

  4. 4

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.