Lagi tentang aktres Kim Go Eun ingin penulis katakan. Tapi kali ini, pada pilihan fesyennya dalam drama “The King: Eternal Monarch” bersama Lee Minho.
Memandangkan wataknya sebagai seorang detektif, jadi setiap outfit sangat selesa dan serba ringkas, sesuai untuk kita gayakan setiap hari.
Hanya mengenakan t-shirt, sneakers, jeans, hoodies, coats dan cardigan. Dalam banyak-banyak, penulis cukup tertarik dengan koleksi sneakers, pada penulis dia hanya memakai dari beberapa jenama ini saja.
Watak Tae Eul hanya memakai seneakers dari jenama Converse, New Balance, Nike. Padanan sepatu klasik ini cukup sesuai dengan setiap pemilihan outfits, di mana stail retro yang selesa dengan warna-warna yang aesthetic. Membuatkan kita penonton jatuh cinta melihat setiap fesyen drama “The King: Eternal Monarch”. Kiranya tak ada yang tak cantik, semua terletak elok di badan mereka.
Berikut adalah padanan yang dipakainya selama ini dan bagaimana dia menggayakannya. Penulis yakin ramai yang berkenan.
Low Top Chuck 70 in Parchment

High Top Chuck 70 in Sunflower

Chuck 70 in Black

Converse One Star OX

New Balance 530

New Balance

New Balance Recto

Nike Classic Cortez

Antara semua mana yang korang paling berkenan? Penulis suka Nike Cortez dengan Converse Chuck in Sunflower!