Mekap, cara terbaik untuk menutup cela di wajah.
Tapi jangat tak tahu sebelum nak mekap, wajah kena kenalah prep terlebih dahulu. Moisturizer, sublock dan primer yang baik adalah langkah penting dalam aplikasi solekan. Gunakan pelembap berasaskan gel atau bebas minyak – ini akan membuatkan wajah nampak lagi smooth dan langsung tidak cakey.

Jadi, bila nak prep wajah, kamu wajib lakukan 5 perkara berikut:
1. Pertama cuci kulit wajah dari sebarang kotoran dan habuk dengan menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapan. Pelembap mampu membuat kulit lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF, sebagai pengganti sunblock. SPF bagus untuk menghindari kulit daripada sinaran matahari, seterusnya kerosakan sel.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.

Baca : Tambah Seri Wajah, Ni Sebab Kamu Kena Pakai Primer Walau Tak Mekap
Bila dah prep wajah, barulah wajah nampak sihat bermaya. Dan mekap pun absorb ke dalam dengan baik.
Selamat Beramal!