Pernahkah kamu berfikir kenapa dalam masjlis perkahwinan meski ada upacara menyarung cincin, tidaklah negara mana, etnik mahupun bangsa pasti akan melakukan upacara menyarung cincin.
Menariknya boleh dikatakan dalam semua tradisi majlis perkahwinan, pengantin lelaki akan menyarung cincin di jari keempat atau pada jari manis pengantin perempuan.
Adakah ini semua satu kebetulan atau memang semua tradisi di seluruh negara mengamalkan konsep menyarung cincin di jari manis?
Berkait Dengan Sejarah Kuno
Dikatakan amalan menyarung cincin kahwin bermula pada zaman Egypt kuno di mana ahli arkeologi menemui bukti hieroglyphics di mana pengantin memakai cincin.
Dan dalam sejarah budaya kuno lain juga ada mengamalkan pemakaian cincin kahwin pada jair kiri mereka, budaya memakai cincin kahwin di jari kiri ini diikuti oleh zaman Greek kuno dan zaman Roman lama.
Kenapa Cincin Di Jari Keempat/Manis
Menyarung cincin pada jari keempat atau pada jari manis adalah kerana pada zaman kuno, masyarakat dahulu kala percaya urat saraf pada jari manis di sebelah kiri berkait rapat dengan jantung.
Dan jantung adalah paksi utama emosi manusia, sebab itu pada zaman Roman kuno mereka memanggil jari manis sebagai ‘Vena Amoris’ atau ‘Vein of Love’.
Pelbagai Variasi Tradisi
Selain itu, ada juga sesetengah budaya memilih kebebasan untuk menyarung cincin kahwin mereka mengikut jari kesukaan masing-masing.
Contoh seperti di negara sekitar Eropah iaitu Austria, Denmark dan banyak negara sekitar Asia juga mengamalkan menyarung cincin kahwin di jari manis sebelah kanan.
Jadi kalau nak di lihat pada zaman sekarang menyarung cincin pada jari manis lebih bersifat kontemporari dan lebih bebas kerana ada yang menyarung pada jari sebelah kanan dan ada juga menyarung di jari sebelah kiri.
Tidak kira sebelah manapun cincin disarungkan, ianya merupakan hari bersejarah buat sang merpati sejoli betul tak?