Kerajaan telah mengumumkan 4 Mei 2020 hampir semua sektor boleh kembali beroperasi semula, meski rakyat berasa tidak selamat untuk kembali bekerja semasa penularan Covid-19, tetapi demi sesuap nasi untuk diri dan keluarga kerja harus dibuka dan dijalankan.
Oleh yang demikian, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan langkah-langkah penjagaan keselamatan sepanjang bekerja semasa Covid-19.
Rakyat yang mula bekerja wajib mengikuti kesemua panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk mencegah semampu boleh dari dijangkiti penularan wabak bahaya ini. Berikut langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipatuhi.
#1 Amalkan jarak sosial 1 meter di tempat kerja
#2 Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer di tempat kerja
#3 Sepanjang bekerja, pekerja harus memakai topeng muka dan hidung
#4 Sebelum masuk ke tempat kerja, wajib melakukan saringan kesihatan di pintu masuk.
#5 Individu yang tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan
#6 Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU
#7 Pastikan bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial
#8 Apabila ingin membuat pembayaran, digalakkan melakukan transaksi dalam talian (online)
#9 Laporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19
Semua rakyat yang mula kembali bekerja wajib mengikuti SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melindungi diri, keluarga dan rakan sepejabat dari mengalami jangkitan Covid-19 sepanjang bekerja.
Rujukan: 1