Eh, bukan ke kegunaan tepung semua sama je, ada beza ke?
Ramai yang kurang tahu bahawa tepung beras mempunyai jenis-jenis tersendiri dan begitu juga dengan penggunaannya. Mak-mak selalu pesan jangan main masak tanpa tahu kegunaan bahan yang kita nak masak, hah begitulah juga dengan penggunaan tepung beras ni.
Nanti nak masak manisan jadi lain pula sebab apa, sebab salah guna tepung beras. Oleh itu, perlu kamu ketahui jenis-jenis tepung beras dan kegunaannya sebelum beli.
Tepung Beras Cap Teratai
Jika kamu lihat tepung beras cap teratai seperti dalam gambar di atas, ia sesuai digunakan untuk membuat rempeyek dan tumpi. Nak dapatkan rempeyek dan tumpi menjadi rangup, maka gunalah tepung beras cap teratai ini, jangan salah pilih tepung beras pula.
Tepung Beras Cap Gajah 5
Bagi penggemar mee, mihun dan laksa, pasti kamu ingin tahu tepung mana yang chef-chef selalu guna untuk buat mee, mihun dan laksa bukan? Kalau nak tahu tepung beras cap gajah lima ini digunakan dalam membuat mee,mihun dan laksa supaya ia jadi lebih elastik dan kental.
Sebab itu apabila kita kunyah, rasa kenyal, kental dan elastik terasa dalam mulut ketika makan. Bagi yang teringin nak buat mee, mihun atau laksa, maka inilah tepungnya.
Tepung Beras Cap Gajah 3
Nak tahu rahsia kuih muih tempatan sedap dan menjadi? Hah, tepung beras cap 3 gajah ni lah yang makcik-makcik penjual kuih guna. Kuih muih seperti kuih koci, kuih bingka tepung beras, kuih apam tepung beras, kuih bengkang tepung beras, kuih putu perak, kuih lapis dan sebagainya.
Kalau nak kamu nak cuba buat kuih muih tempatan, tepung beras cap gajah 5. Lepas ni boleh la mencuba di rumah.
Tepung Beras Cap Gajah 1
Sedapnya goreng pisang makan panas-panas dan rasa yang rangup di luar dan lembut, macam mana nak dapat goreng pisang macam ni?
Semestinya kena guna tepung beras cap gajah satu, tepung ini akan menjadikan masakan menjadi rangup. Bagi yang ingin membuat ubi keledek goreng, pisang goreng, sukun goreng dan cempedak goreng, boleh lah menggunakan tepung beras cap gajah satu ni.
Selamat mencuba♥