Dah nama keluarga diraja, jadi mereka sangat mempunyai etika yang perlu dihormati. Kelakuan mereka di khalayak umum perlu dijaga dengan penuh tertib. Cuma adakala mereka juga tidak dapat lari daripada merasa rimas dan semak dengan perhatian.
Walaupun masih kecil, Princess Charlotte, 4, yang merupakan anak Prince William dan Kate Middleton dikatakan sudah menunjukkan kelakuan memberontak, sassy serta nakal bila ditangkap lensa kamera. Kelakuannya ternyata mencuri hati ramai orang di seluruh dunia.
Malah, rakyat mengganggap anak kecil itu comel dan jujur meluahkan perasaan. Ada juga yang menyamai sikap Princess Charlotte dengan moyangnya Queen Elizabeth yang tegas.
Baca : Ini Alasan Puteri Charlotte Lebih ‘Bernilai’ Berbanding Kekandanya
Di bawah antara moment beliau yang mencuit hati peminat seantero.
#1 Princess Charlotte tengah tak ada mood, jadi semua jangan mengada-ngada.
#2 Jelir lidah pada siapa pulak tu?
#3 Princess Charlotte tak takut memberikan pandangan “don’t mess with me” kepada paparazzi.
#4 Break sekejap untuk betulkan sandal.
#5 Adakalanya tekanan menjadi keluarga diraja.
#6 Teka siapa yang benar-benar mencuri perhatian di perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.
#7 Princess Charlotte bukanlah seorang yang camera-shy. Lihatlah pose mautnya.
Korang rasa patut ke Princess Charlotte bersikap begitu?