Apabila diri tertekan cara terbaik untuk melepaskan tekanan tersebut adalah dengan melakukan aktiviti dan salah satu aktiviti yang boleh kamu lakukan adalah senaman yoga. Ya, senaman yoga bukan sahaja membuatkan tubuh badan menjadi cergas malah ia juga boleh menghilangkan tekanan juga.
Posisi Tadasana
Gaya ini kelihatan ringkas dan mudah tetapi sebenarnya ia salah satu gaya yang sukar untuk dilakukan kerana bukan semua orang dapat melakukan posisi ini dengan sempurna.
Cara melakukannya
- Berdiri dengan lurus dan pastikan tapak kaki berpijak pada lantai yang rata.
- Pastikan lutut dalam keadaan lurus dan bahu pula dalam keadaan mendada. Manakala tekapkan kedua-dua tapak tangan dan posisikan tangan di hadapan dada atau bahagian hati.
- Kekalkan posisi ini secara lurus. Tutup mata dan bertahan selama 5-10 kali pernafasan.
- Posisi ini membantu mengimbangi kedudukan pinggul, otot bahu dan juga menghilangkan tekanan fizikal dan mental.
Posisi Pada Rajakapotasana
Gaya ini sangat bagus untuk dilakukan bagi individu yang banyak menghabiskan masa dengan duduk di kerusi sepanjang hari. Dengan melakukan senaman gaya ini, ia akan membuatkan tubuh menjadi lebih fleksibel dan kuat apabila diamalkan.
Cara melakukannya
- Mulakan dengan duduk di atas alas senaman dan lunjurkan kedua-dua kaki ke depan, kemudian bengkokkan kaki kiri kebelakang dan manakala kaki kanan pula di luruskan kebelakang.
- Sambil postur tubuh dalam keadaan lurus.
- Bertahan dalam posisi ini selama 10 kali pernafasan.
- Gaya ini akan membuatkan tubuh menjadi kuat, berdaya tahan dan fleksibel.
- Ulang pergerakan pada kedua-dua belah kaki.
Posisi Eka Pada Rajakapotasana
Gaya ini sama seperti gaya Pada Rajakapotasana cumanya, postur badan dilenturkan kehadapan. Pergerakan ini bagus untuk menguatkan tubuh badan di samping membuatkan tubuh relax.
Cara melakukannya
- Mulakan dengan duduk di atas alas senaman dan lunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan, kemudian bengkokkan kaki kiri ke belakang dan manakala kaki kanan pula di luruskan kebelakang.
- Setelah itu, postur badan dilunjurkan kehadapan seperti posisi memeluk, kepala diletakkan di atas lengan tangan seperti bantal.
- Kawal keluar masuk pernafasan dan ulang gaya ini pada kedua-dua belah kaki.
Posisi Bhujangasana
Gaya seperti ikan dugong ini ini boleh melegakan sakit pinggan dan otot badan belakang jika kerap dilakukan.
Cara melakukannya
- Lakukan posisi meniarap, dan perlahan-lahan bangkit dengan menggunakan kedua-dua tangan sebagai sokongan.
- Luruskan atau lenturkan posisi tubuh badan ke belakang dan kepala pandang kehadapan.
- Jaga keluar masuk pernafasan, bernafas secara perlahan dan tenang.
Posisi Gomukhasana
Gaya ini bukan semudah seperti dalam gambar, ia memerlukan fleksibeliti bagi menghadapi tekanan yang bakal kamu rasai daripada peha dan lutut.
Cara melakukannya
- Duduk seperti dalam keadaan bersila, cuma kedua-dua kaki akan menjadi lebih bersilang seperti huruf v
- Pastikan posisi lutut dan peha kamu lurus ketika melakukan gaya ini.
- Kemudian, silangkan kedua-dua tangan kebelakang badan seperti dalam gambar
- Cuba bertahan dalam posisi ini selama 5-10 kali pernafasan.
- Ulang pergerakan pada kedua-dua belah kaki.
Posisi Badhakonasana
Gaya posisi ini juga dikenali sebagai gaya rama-rama.
Cara melakukannya
- Seperti dalam keadaan bersila cuma kedua-dua tapak kaki bertemu dan dilekapkan secara rapat.
- Cuba bertahan dengan posisi ini selama 5-10 kali pernafasan dan pastikan lutut dalam keadaan lurus.
Posisi Supta Matsyendrasana
Posisi ini akan membuatkan tubuh badan menjadi relax dan segala tekanan fizikal serta mental yang terbuku akan keluar menerusi pergerakan ini.
Cara melakukannya
- Baringkan tubuh di atas alas senaman
- Kemudian bengkokkan kaki sebelah kiri ke sebelah kanan, sambil tangan menolak kaki kiri sebagai sokongan.
- Dan postur badan pula dalam keadaan lurus.
- Kamu akan rasai tekanan pada bahagian bahu, pinggul dan peha semasa melakukan posisi ini.
- Tarik nafas dan lakukan ia selama 5-10 kali pernafasan. Ulang pergerakan ini pada kedua-dua belah kaki.
Lakukan posisi yoga seperti di atas bagi menghilangkan tekanan yang kamu alami, ianya bukan saja menyihatkan tubuh malah ia juga membuatkan mental kita menjadi cergas dan aktif.