Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Korang Ada 5 Tabiat Ni, Potensi Besar Kena Kanser!

by Mas Idayu
April 8, 2020
303
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Korang ada lima tabiat ni hati-hati, kerana potensi besar untuk kena kanser!

Pastinya tiada siapa yang mahu ‘mengundang’ penyakit berbahaya ini dalam kehidupan diri, tetapi kadang kala kita sendiri tidak sedar, bahawa tabiat atau habit yang kita lakukan setiap hari bahkan bertahun-tahun boleh membuatkan diri kita berisiko menghidap penyakit kanser ini.

Jom semak sama ada tabiat dan habit ini, ada pada diri atau tidak!

#1 Sembelit

Foto – Sirap Limau

Untuk pengetahuan semua, sejarah pesakit yang menghidapi kanser mempunyai masalah sembelit. Jangan ambil ringan dengan jika kamu menghadapi masalah sembelit, kerana segala toksin yang tersimpan di dalam perut tidak dapat di keluarkan menerusi sistem biologi diri.

Jika diri kamu sukar untuk melawas atau membuang air besar seperti seminggu sekali atau dua kali seminggu, itu petanda sistem pencernaan dalam perut tidak hadam.

Oleh itu, kamu harus peka terhadap sistem pencernaan jika pada ketika ini kamu memiliki masalah sembelit disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

#2 Tubuh Badan Berasid

Foto – Kalish Instiute

Tubuh badan penuhi dengan asid juga merupakan faktor tinggi untuk diri menghidap kanser. Ini adalah kerana gaya pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan gula, tenusu, makanan bergoreng dan makanan ringan serta minuman bergas.

Nampak seperti perkara biasa, tetapi sumber-sumber makanan dan minuman seperti inilah boleh mengundang menjadi kanser. Kamu harus faham, makan makanan sebegini tidak menunjukkan diri kamu akan menghidapi kanser dalam masa yang singkat, ianya mengambil masa yang lama.

IKLAN

Justeru itu, amalkan gaya pemakanan yang sihat dan makan mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja.

#3 Masalah Tidur

Foto – Insider

Perlu kamu tahu tidur yang betul-betul terbaik adalah dari pukul 10.30 malam hingga 4.30 pagi, itu adalah tempoh masa yang terbaik sekali untuk tubuh mendapat waktu tidur yang mencukupi.

Tetapi biasanya ramai yang tidak menjaga waktu tidur dengan baik dan ini memberi kesan yang tidak baik pada organ dalaman seperti hati.

Kerana hati adalah salah satu organ untuk memproses kesemua bahan dan toksin kemudian di masukkan ke dalam tangki sistem pencernaan. Dan waktu untuk hati berfungsi dengan baik adalah sewaktu kita tidur.

Selain itu, apabila kita tidur dengan cukup dan berkualiti, tubuh akan mengeluarkan hormon seperti melatorin dan hormon pembesaran untuk meningkatkan kesihatan tubuh. Oleh itu, penting untuk diri mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti agar boleh mengelakkan penyakit-penyakit berisiko seperti kanser.

#4 Tertekan

Foto – Robert Half

Sering mengalami tekanan atau tertekan juga adalah salah satu faktor mengundang kepada risiko menghidap penyakit kanser. Oleh itu, pengawalan emosi diri adalah penting dan pastikan diri sentiasa berada dalam keadaan positif. Pengawalan tekanan yang baik akan membawa kesihatan diri yang baik juga.

#5 Banyak Duduk Dan Tidak Bergerak

Foto – Pinterest

Kurang bergerak juga boleh mengundang penyakit kanser, ini kerana keadaan tubuh yang tidak aktif dan pasif sepanjang hari akan memudaratkan diri. Oleh itu, penting untuk kamu sentiasa rajin bergerak setelah duduk terlalu lama. Lakukan sedikit senaman ringan agar tubuh menjadi aktif dan cergas.

Semoga maklumat dikongsikan hari ini bermanfaat, selamat beramal!

Tags: 5 Tabiat Boleh Dapat KanserCegah Penyakit Kanserkesihatan diriPenyebab Mudah Dapat KanserPunca KanserTabiat Tidak Sihat
Share121SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Rupa Paras Ana De Armas Kerap Jadi Pujaan, DIVA Cari Jawapannya..
Selebriti

Rupa Paras Ana De Armas Kerap Jadi Pujaan, DIVA Cari Jawapannya..

August 14, 2022
Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!
Kecantikan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

August 14, 2022
Nak Sorok Perut Gelebeh? Shapewear Alat Rahsia Potongan Badan Menawan
Fesyen

Nak Sorok Perut Gelebeh? Shapewear Alat Rahsia Potongan Badan Menawan

August 14, 2022
Ini Yang DIVA Suka Dari Hamparan Fesyen Tory Burch 2022
Fesyen

Ini Yang DIVA Suka Dari Hamparan Fesyen Tory Burch 2022

August 13, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.