Demi meraikan ‘kemenangan’ menumpaskan penularan wabak Covid-19, dua pasar di China kembali beroperasi menjual haiwan-haiwan eksotik seperti kelawar, kala jengking, kucing, anjing, arnab, itik, dan banyak lagi haiwan lain kini boleh didapati di dua pasar besar Guilin dan Dongguan.
Dua pasar yang telah kembali beroperasi seperti biasa ini adalah kerana kerajaan China sendiri telah menarik balik semula perintah berkurung di sana. Ekoran perintah berkurung yang telah di tarik semula itu, menggalakan rakyat sana kembali semula pada rutin kehidupan seperti biasa.
Meski perintah berkurung telah ditarik balik dan penularan wabak maut di sana dalam keadaan terkawal, ia bukan bermaksud pasar-pasar basah di China harus menjual kembali haiwan-haiwan eksotik yang merupakan salah satu punca dan pembawa wabak maut ini.
Tindakan pasar basah di China yang kembali beroperasi sambil menjual haiwan eksotik tersebut secara besar-besaran dan membuat promosi seolah-olah mereka tidak serik dengan apa yang telah terjadi sebelum ini.
Sebelum ini kerajaan China cuba merahsiakan tentang penularan wabak tersebut dan kini kerajaan China mengeluarkan teori konspirasi terbaru yang menyatakan wabak tersebut bukan berasal dari negara mereka, sebaliknya ia berpunca dari negara Amerika.
Kedua-dua buah negara ini nampaknya saling menunding jari siapa yang mula-mula membawa wabak ini, tidak kira dari mana wabak ini datang semua negara harus mengambil langkah berjaga-jaga dan perketatkan kawalan kebersihan terutama di pasar-pasar basah di negara masing-masing.
Melihat tindakan berani peniaga pasar basah di China kembali beroperasi dengan menjual haiwan-haiwan berpotensi besar menyebarkan semula virus ini, seolah-olah tidak berasa takut terhadap penularan wabak maut ini.
Tambahan lagi, kerajaan China sendiri seolah-olah membenarkan penjualan haiwan eksotik tersebut tanpa kawalan. Di harap ianya tidak ‘backfire’ mereka semula jika wabak di sana tiba-tiba kembali menular!