Mi segera. Siapa je yang tak suka?
Makanan paling mudah disediakan, makanan untuk orang yang ingin berjimat cermat, makanan utama pelajar universiti, mereka yang bujang bahkan yang tidak mempunyai masa untuk memasak selepas seharian bekerja.
Tapi jika dimakan setiap hari, ia sememangnya mengundang bahaya kerana mi segera mengandungi lebih garam.
Baca : 3 Tips Mudah Buat Mi Segera Korang Lebih Berkhasiat
Jadi, nak bagi nampak lebih berkhasiat, mungkin anda boleh tambahkan perasa seperti kicap, sos ikan, minyak bijan dan tambah sayur-sayuran atau mungkin juga protein dari telur, ayam dan daging serta banyak lagi boleh anda ubah suai.
Mudahkan anda, Wanista kongsikan beberapa resepi mi segera sedap, serba ringkas dan lagi berkhasiat boleh cuba.
Maggi Goreng Ikan Masin
Maggi Goreng Mamak
Maggi Kari Kuah Pekat
Kerabu Maggi
Mi Segera Stail Korea
https://www.youtube.com/watch?v=qNgSnEFfDmY
Sekarang korang kena berjimat, janganlah hari-hari nak masak dan makan mewah ye… Praktikkan resepi di atas.
Selamat Mencuba!