Pastinya ramai telah membeli tiket untuk bercuti pada tahun ini terutama yang telah membeli tiket kapal terbang sejak tahun lepas lagi untuk pergi melancong di luar negara.
Tetapi sayang semua penerbangan keluar negara di hentikan dan pihak penerbangan terpaksa membatalkan perjalanan yang telah di jadualkan gara-gara penularan Covid-19 ini.
Jadi apa yang harus kamu lakukan dengan tiket penerbangan tersebut? ketahui cara bagaimana nak ‘refund’ tiket penerbangan yang dibatalkan masa penularan Covid-19 di bawah.
Air Asia
Bagi yang memiliki tiket penerbangan Air Asia, ini yang perlu kamu tahu tentang terma dan syarat terhadap penerbangan yang terbatal dalam tempoh penularan Covid-19 ini.
- AirAsia akan membayar tiket penerbangan yang telah di tempah ke dalam akaun kredit pelanggan, di mana pelanggan boleh membuat tempahan tiket penerbangan yang baru dalam tempoh 365 hari. ATAU,
- Tukar tarikh penerbangan tanpa sebarang cas tambahan pada mana-mana tarikh sebelum 31 Oktober 2020. ATAU,
- Pelanggan boleh membuat permohonan AVA menerusi dua kategori di bawah:
- Penerbangan yang dibatalkan oleh Air Asia.
- Pelanggan mahu menukar atau membatalkan penerbangan.
Jika kamu ingin permohonan yang di hantar berjaya, kamu harus pastikan beberapa butiran berikut:
- Pastikan alamat email adalah sama seperti mana kamu guna semasa membuat tempahan tiket penerbangan.
- Pastikan nama pertama dan nama keluarga adalah betul mengikut laman ini [SINI].
- Jika kamu meminda tarikh penerbangan, pastikan penerbangan tersebut available pada tarikh yang kamu ingini sebelum meminda atau menukar tarikh penerbangan.
- Jawab maklumbalas AVA bersama satu jawapan dalam satu masa dan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh AVA. Tengok tips [SINI] untuk berinteraksi bersama AVA.
- Bagi yang membuat tempahan tiket menerusi agen pelancongan termasuklah agen pelancongan dalam talian, jika kamu ingin membuat sebarang perubahan pada tiket tempahan, kamu harus berurusan bersama agen pelancongan masing-masing.
Semakan status dan number kes:
- Jika permohonan kamu berjaya, kamu akan menerima ‘number kes’ pada penghujung perbualan bersama AVA dan ‘number kes’ tersebut juga akan diemailkan pada alamat email kamu.
- Kamu juga boleh menyemak status permohonan menerusi bahagian “My Cases”, apabila kamu log masuk dalam akaun BIG Member.
PERHATIAN: Disebabkan jumlah permohonan yang terlalu banyak, permohonan kamu akan mengambil masa dalam 30 hari untuk permohonan tersebut di proses.
Jika status kamu menujukan “Declined”, bererti permohonan kamu tidak menepati terma dan syarat Air Asia.
Malaysia Airlines
Bagi yang memiliki tiket penerbangan Malaysia Airlines pula, kamu berpeluang untuk meminda atau menukar tarikh penerbangan asalkan kamu menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
Manakala bagi yang ingin memohon untuk refund semula wang tiket penerbangan yang dibatalkan, juga terdapat terma dan syaratnya yang tersendiri.
Ini dua kategori dan beberapa terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Airlines yang mana penerbangan dibatalkan akibat penularan Covid-19:
Kategori Penerbangan – Polisi Fleksibiliti Malaysia Airlines Perubahan Tiket Untuk Sedia Ada & Tempahan Baru:
- Pastikan tiket yang ditempah adalah sebelum atau pada 31 Mac 2020
- Jika kamu ingin membuat perubahan pada tarikh tiket, hendaklah diselesaikan sebelum 31 Disember 2020
- Manakala bagi yang ingin membuat refund pula, pastikan tiket tersebut adalah tiket normal (terma dan syarat) yang bermaksud tiket yang kamu beli adalah pada harga normal dan bukan promosi.
Kategori penerbangan – Penumpang Yang Dilarang Membuat Penerbangan Jika Tidak Menepati Syarat Larangan Melancong Ke Negara Yang Dilarang:
- Tarikh tiket yang terjejas bergantung pada tarikh negara yang mengeluarkan larangan pelancong [Semak Sini].
- Pengecualian untuk membuat tempahan tarikh baru adalah berdasarkan kekosongan penerbangan yang ada sebelum 31 Disember 2020.
- Manakala yang ingin membuat refund pula, harus difahami penerbangan yang dibatalkan dan cas perkhidmatan akan dikecualikan pada tiket yang tidak digunakan.
Untuk semakan melihat terma dan syarat bagi yang ingin membuat penukaran tarikh dan refund mengikut kategori, kamu boleh [Semak Sini] dan lihat sama ada kamu berhak untuk membuat sebarang perubahan atau refund.
Semak segera sama ada kamu berhak untuk membuat penukaran tarikh atau jika kamu hendak refund tiket yang kamu miliki.
Untuk mengetahui lebih lanjut layari laman web Air Asia atau Malaysia Airlines mengenai tiket penerbangan yang dibatalkan kerana penularan Covid-19 ini.