Disebabkan itu wanita sangat teristimewa.
Pengorbanan mereka tidak ternilai, lagi-lagi saat hamil. Proses kehamilan adalah saat istimewa bagi setiap wanita, namun ia menjadi pengalaman ngeri jika berlaku pelbagai komplikasi.
Baiklah, pengguna TikTok @mrsbeardedtheo baru-baru ini telah berkongsi beberapa pengalaman sekolah kejururawatannya semasa dia belajar tentang melahirkan anak.
Pada saat kelahiran, kepala bayi dalam rahim ibu berada dalam keadaan menjunam kearah servik atau pintu rahim, hanya menunggu masa untuk disambut.
1. Proses bersalin bermula dengan kontraksi rahim yang singkat dan kerap. Kontraksi yang berlaku jarang-jarang ini menghentap pintu rahim sehingga terbuka selebar 10cm.
2. Kontraksi yang berterusan menolak bayi keluar sehingga kepalanya kelihatan diluar, proses ini dikenali sebagai ‘crowning’.
3. Proses di bawah mulut dan hidung bayi disedut untuk mengeluarkan segala cecair dan lendir amniotic.
4. Wanita mula meneran lagi, di saat ini doktor akan menyelaraskan kepala bayi dengan seluruh tubuh mereka. Seterusnya, bahu keluar.
5. Tidak lama kemudian, diikuti dengan seluruh tubuhnya…
Sekarang dah tengok, bertapa peritnya wanita melalui proses ini. Sila hargai mereka ye!