Penularan wabak virus Covid-19 yang telah mengancam banyak nyawa di seluruh dunia, di Malaysia sahaja sebanyak 673 kes sudah dilaporkan dan dua kematian yang mana salah seorang dari pesakit merupakan peserta yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Untuk makluman perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling telah menjadi ‘lubuk’ penularan virus Covid-19 yang terbesar dan perhimpunan tersebut telah dihadiri seramai 16,000 peserta tempatan serta 1,500 peserta dari luar negara.
Penganjur program perhimpunan islamik iaitu Tablighi Jama’at yang berasal dari India ini telah menghentikan seketika sebarang aktiviti dakwah mereka. Manakala masjid yang menjadi pusat berkumpulnya peserta perhimpunan di tutup untuk di kuarantin dari sebarang aktiviti.
Dengan jumlah peserta yang ramai dan melakukan aktiviti bersama, tidak mustahil untuk peserta ini di ‘buru’ wabak berbahaya ini.
Ini adalah tiga faktor utama yang menyumbang virus Covid-19, memburu di kalangan peserta perhimpunan jemaah tabligh.
Tidur Berkumpul Di Ruang Sama
Di fahamkan dek kerana perhimpunan yang terlalu padat dengan peserta, ada dikalangan peserta jemaah tabligh memilih untuk menaiki bas shuttle untuk tidur di kawasan yang lain. Manakala peserta jemaah yang lainnya berkhemah di luar masjid.
Program perhimpunan yang dijalankan ini telah dihadiri oleh peserta dari Kanada, Nigeria, India, Australia dan ada juga rakyat dari China serta Korea Selatan yang merupakan dari dua buah negara yang memiliki jumlah jangkitan yang tinggi.
Bersentuhan Tangan
Bersentuhan tangan atau berjabat tangan merupakan perbuatan yang biasa dilakukan oleh mana-mana orang dan dalam majlis seperti perhimpunan jemaah tabligh ini, peserta jemaah bersalaman antara satu sama yang lain dalam kalangan mereka dalam program berlangsung.
Bertambah haru lagi, semasa program perhimpunan dijalankan difahamkan tiada ketua-ketua program yang memberi saranan seperti membasuh tangan atau langkah pencegahan virus Covid-19 ini.
Berkongsi Makan Dalam Dulang
Berkongsi makan dalam dulang atau talam ini dilakukan bertujuan agar dapat mengeratkan hubungan dan tali silaturahim sesama insan, tetapi ia dilakukan pada masa yang tidak sesuai dengan penularan wabak yang semakin berleluasa sejak Januari tahun ini.
Kini semakin banyak individu yang dijangkiti berkait rapat dengan peserta yang menghadiri perhimpunan jemaah tabligh tersebut.
Diharap mereka yang pernah berhubungan dengan mana-mana peserta perhimpunan, segera membuat pemeriksaan saringan.
Semoga wabak Covid-19 ini segera reda.