Minum air putih yang terbiar lama, ada kesan ke pada tubuh jika kita minum air tersebut. Rata-rata ramai orang di Malaysia yang minum air putih yang di tinggalkan lama, di dalam botol mereka mahupun di dalam jug air minuman di rumah.
Adakah bagus meminum air putih yang dibiarkan lama itu dan apa pula kesannya terhadap kesihatan serta tubuh jika meminumnya? Ini yang kamu perlu tahu mengenai minum air putih lama.
Boleh Jatuh sakit Jika Kongsi Air Minuman Lama
Sekali kamu minum air minuman tidak kira pada botol ataupun cawan, air tersebut telah mengandungi bakteria. Tetapi jangan risau ianya adalah bakteria yang terdapat pada mulut kamu sendiri dan ia tidak menyebabkan risiko penyakit apa-apa.
Cuma yang menjadi isu adalah apabila air minuman lama tersebut kamu kongsikan bersama orang lain, maka diri kamu berpotensi mendapat jangkitan kuman kerana air lama tersebut telah bercampur bakteria dari orang yang berkongsi air minuman kamu tersebut.
Boleh Dapat Penyakit E.Coli Kalau Tak Berhati-hati!
Jika kamu gemar meminum air dalam botol, pastikan kamu berhati-hati ketika membuka penutup botol tersebut jangan sampai jari kamu terkena pada mulut penutup botol. Kamu kena tahu jari merupakan kawasan yang banyak kuman dan bakteria, malah bakteria seperti E.Coli juga berkemungkinan terdapat pada jari kamu tu.
Meski air minuman tersebut di biar lama sehingga dua ke tiga hari, ia boleh masih lagi boleh di minum dengan syarat air tersebut tidak berbau dan jari kamu tidak terkena pada mulut botol tersebut.
Perut Boleh Jadi Cramps
Jika kamu minum air putih lama yang terbiar, kamu akan mula merasai perut kamu menjadi kejang atau cramps dalam tempoh 48 jam selepas meminum air terbiar itu. Jika kamu mengalami tanda seperti ini setelah minum air tersebut, ini bermakna air tersebut telah mengandungi bakteria dan kamu mungkin harus mendapatkan rawatan di hospital jika ianya serius.
Rasa Seperti Ingin Muntah Dan Pening
Jika kamu mengalami tanda-tanda seperti ini selepas minum air terbiar, segeralah dapatkan rawatan dari doktor takut dikhuatiri akan melarat. Jika tubuh kamu mengalami tanda-tanda seperti ini, bermakna air tersebut telah ditumbuhi dengan bakteria yang boleh menyebabkan diri kamu jatuh sakit.
Elak Minum Air Yang Terdedah
Apa yang dimaksudkan dengan terdedah di sini adalah, elak minum air minuman yang di simpan dalam botol plastik yang terkena pancaran cahaya matahari. Ini kerana ia boleh mempercepatkan pembiakan bakteria yang terdapat dalam air minuman tersebut.
Sama juga jika air minuman lama tersebut terdedah pada udara dalam tempoh masa yang lama, ia boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dengan cepat, serta menjadikan kandungan pH dalam air menurun.
Jangan Minum Air Yang Berbau Dan Rasa Pelik
Jika kamu minum air putih yang disimpan lama, kemudian mendapati air tersebut mempunyai rasa yang pelik dan berbau, biasanya bagi individu yang sihat ia tidak menjejaskan kesihatan diri. Tapi meskipun bergitu, sebagai langkah berjaga-jaga jika kamu mendapati air tersebut telah di simpan lama dan telah dibuka, elak minum air tersebut.
Satu lagi apabila kamu mendapati air tersebut berbau dan mengeluarkan rasa yang pelik, kamu tidak perlu buang air tersebut sebaliknya kamu boleh gunakan untuk menyiram pokok-pokok atau tanaman yang ada di rumah kamu atau di pejabat.