“So nobody gone notice her short toe?”
“I cant get over the toe.”
Kenapa ye tiba-tiba ramai memperkatakan tentang jari kaki Kylie Jenner? Baiklah, baru-baru ini Kylie Jenner berkongsi gambar dia berbikini bersama kakaknya, Kendall Jenner di Instagram. Dalam banyak-banyak gambar, satu gambar mencuri perhatian netizen.
https://www.instagram.com/p/B9R9Nj7nTGu/
Bentuk jari kaki tengah Kylie Jenner hangat menjadi perbualan ramai. Netizen berkata kaki tengah Kylie kelihatan pendek berbanding yang lain, bila dilihat agak comel kerana ‘kontot’.
Disebabkan itu, Kylie membuat video menunjukkan kakinya dan menjelaskan kenapa kaki tengahnya unik berbanding yang lain.
Kata Kylie, ketika di bangku sekolah dia patahkan jari kaki tengah dan tidak dapat lakukan apa-apa, jadi dia hanya mampu menunggu waktu untuk sembuh sahaja. Sampailah dewasa sekarang, jari kaki tengahnya terbentuk demikian.
Tak kisahlah, yang penting Kylie tak malu dan yakin. Comel je penulis tengok..