Lagi Covid-19, semalam Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik mengenai kronologi bagaimana pesakit coronavirus yang ke-26, menjadi pembawa virus kepada 16 individu lain yang terdekat dengannya. Sekaligus mengisytiharkan kes ke-26 di bawah kes kluster tempatan.
Pesakit kes yang ke-26 ini merupakan seorang kakitangan syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), pesakit merupakan seorang ahli kanan kepimpinan Khazanah dan juga ketua satu syarikat berpautan kerajaan.
Terdahulu pesakit sebelum ini telah mengembara ke Shanghai, pada pertengahan Januari lalu sebelum disahkan dijangkiti wabak membawa maut ini dan menjadi pembawa utama virus kepada 16 individu positif lain.
Setakat ini, 21 kes positif dikaitkan dgn kes kluster iaitu kes ke-26.
Kes ke-30 hingga kes ke-50 adalah kontak rapat atau dikaitkan dgn kes ke-26.
Pengesanan kontak rapat
oleh pasukan kesihatan KKM di lapangan masih berjalan. pic.twitter.com/5qtkCm1XlE— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) March 4, 2020
Berikut Rentetan Kronologi Jangkitan Kes Ke-26
Pertengahan Januari 2020
Pesakit telah mengembara ke Shanghai.
27 Februari
Pesakit telah menghadiri sebuah majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan pada hari tersebut pesakit telah mengalami sakit tekak dan demam. Dirinya telah di kesan positif Covid-19 atau sah dijangkiti penyakit coronavirus.
Kemudian pesakit di masukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh.
1 Mac 2020
Khanazah Nasional Berhad (Khazanah) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengesan individu lain yang berhubungan rapat dengan pesakit (kontak rapat), sebelum pesakit tersebut disahkan dijangkiti penyakit coronavirus pada 27 Februari 2020.
3 Mac 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menemui tujuh lagi kes baru positif dijangkiti coronavirus, dan salah seorang dari tujuh orang yang dijangkiti tersebut merupakan pesakit yang ke 34 dan mempunyai hubung kait dengan pesakit ke 26.Â
Pesakit 34 ini merupakan paramedik yang memberi rawatan kepada pesakit ke 26.
4 Mac 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 14 jumlah jangkitan terbaru coronavirus dan ke semua 14 kes ini merupakan generasi pertama dan kedua yang mempunyai hubung kait dengan pesakit ke 26.Â
Jumlah keseluruhan yang dapat di kenal pasti setakat ini, terdapat 21 kes positif mempunyai hubung kait dengan pesakit ke 26, iaitu 16 merupakan individu yang berhubungan dengan pesakit (kontak rapat) dan manakala lagi 5 individu merupakan generasi kedua yang dijangkiti oleh kontak rapat tersebut.
Jumlah jangkitan kes coronavirus yang di kira sejak semalam adalah 93,469 kes di seluruh negara dan 3,208 jumlah kematian disebabkan wabak ini. Lebih 78 buah negara telah disahkan dijangkiti oleh wabak maut ini.