Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak mereka membesar dengan sihat, cergas dan bijak. Jika terdapat cara atau teknik yang boleh membantu mengembangkan pemikiran dan daya kreativiti anak-anak, pasti ibu bapa tidak segan silu untuk mencubanya!
Jadi jika kamu sedang mencari cara baharu yang sesuai untuk mengembangkan daya kreativiti anak-anak, LEGO® DOTS adalah solusinya. Ianya, merupakan produk yang sesuai untuk anak-anak kamu mengekspresikan idea kreativiti mereka di mana saja.
LEGO® DOTS, Pintu Ke Dunia Kreativiti
Permainan LEGO® DOTS merupakan jubin yang berbentuk segi empat, bulat, separa bulat dan jubin berbentuk permata. Jubin-jubin kecil ini didatangi dengan warna-warna yang terang berserta cetakan grafik seperti emoji, pelangi, kilauan, haiwan, angkasa lepas, muzik dan banyak lagi.
Apa yang menarik adalah LEGO® DOTS ini bukan saja menampilkan pek emoji ‘Extra Dots’, malah koleksi ini juga hadir dengan gelang tangan, bekas pemegang gambar, tempat letak barang kemas dan juga bekas pensel yang cukup cantik dan comel!
LEGO® DOTS bukan koleksi yang biasa-biasa dengan permainan ini, pastinya anak-anak kamu tidak akan duduk diam! Kerana sibuk memikirkan idea untuk menghias ke semua koleksi-koleksi tersebut!
Maklumat Harga LEGO® DOTS
- Gelang tangan RM24.90 setiap satu
- Set tempat letak barang kemas RM74.90
- Set bekas pemegang gambar RM 74.90
- Set bekas kotak pensel & pek emoji ‘Extra Dots’ RM99.90
Jika kamu mahu minda anak-anak menjadi semakin kreatif, LEGO® DOTS mampu buat anak-anak teroka dunia kreativiti dengan mudah dan cepat.
Bagi yang ingin mengetahui tentang LEGO® DOTS ini, kamu boleh ikuti laman Facebook LEGO® Malaysia atau layari laman web LEGO® untuk maklumat lanjut.