Wanita mana yang tidak rimas jika memiliki kulit yang berminyak, pelbagai cara dan produk penjagaan telah digunakan. Tetapi hasilnya tetap sama, kulit masih lagi berminyak dan ada juga yang bertambah teruk. Jadi di mana silapnya?
Sebenarnya ramai wanita tidak menyedari, mungkin ada kandungan bahan yang terdapat di dalam produk tidak sesuai untuk kulit berminyak. Oleh itu, penting untuk kamu mengetahui jenis-jenis kandungan bahan yang bagus dan elok untuk kulit berminyak.
Ini adalah 10 bahan-bahan yang sangat bagus untuk kulit berminyak, jadi apabila kamu ingin mencari produk penjagaan pastikan produk tersebut memiliki kandungan bahan seperti di bawah!
#1 Sulfur
Sulfur merupakan salah satu bahan yang terbaik untuk menangani masalah kulit berminyak, senang kata sulfur ini ibarat agen antibakteria untuk kulit berminyak. Sulfur sangat bagus untuk menyerap minyak dan sebum yang terperangkap pada kulit.
Oleh itu, produk yang mengandungi bahan kandungan seperti sulfur ini adalah bagus untuk yang mengalami kulit berminyak.
#2 Dimethicone
Dimethicone merupakan bahan yang bagus untuk kulit berminyak, ia membuatkan kulit menjadi sihat dan kering tanpa kesan berminyak. Oleh itu, penting untuk kamu periksa kandungan bahan pada produk penjagaan agar kamu tahu kandungan apa yang bagus untuk kulit berminyak seperti kamu.
#3 Asid Glycolic
Produk yang mengandungi bahan asid glycolic, merupakan antara kandungan bahan yang terbaik buat diri kamu. Asid glycolic ini sangat bagus dari segi mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan dalam masa yang sama dapat mengekang liang pori dari tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat.
#4 Asid Hyaluronik
Memiliki kulit berminyak bukan bermaksud kamu tidak dapat memiliki kulit yang lembap dan gebu. Bagi membekalkan kelembapan yang bagus untuk kulit berminyak seperti kamu, Asid hyaluronik adalah bahan terbaik dan bagus untuk kulit kamu.
Ia bersifat ringan dan dalam masa yang sama membekalkan kelembapan pada kulit kamu.
#5 Niacinamide
Kajian dari Weill Medical College di Cornell University, mendapati niacinamide mampu menyerap sebum serta merangsang penghasilan kolagen secara semula jadi.
Selain itu, niacinamide juga berupaya menguatkan lapisan kulit luar dan meningkatkan kadar pembaharuan kulit bagi mengatasi masalah hiperpigmentasi dan liang pori yang besar.
#6 Retinol
Retinol merupakan vitamin A yang bukan saja kandungan bahan yang bagus melawan kedutan kulit, ia juga bagus membantu menghasilkan kolagen, mengetatkan kulit dan liang pori serta mengawal penghasilan minyak.
#7 Asid Salicylic
Asid salicylic merupakan lipophilic yang seperti seakan-akan minyak, asid tersebut akan memasuki liang pori dan akan menyerap segala minyak yang terperangkap di dalam liang pori tersebut. Jadi, produk yang memiliki kandungan bahan asid salicylic ini, merupakan bahan terbaik bagi mengatasi maslah kulit berminyak.
#8 Benzoly Peroxide
Benzoly peroxide ini merupakan kandungan bahan yang sangat popular dalam produk penjagaan kulit wajah dan produk rawatan jerawat. Benzoly peroxide ini berfungsi sebagai agen pemusnah bakteria dan meningkatkan penghasilan sel kulit.
Bahan ini dapat membantu merawat jerawat yang sedia ada di wajah dan mengekang masalah jerawat timbul di masa akan datang.
#9 Minyak Tea Tree
Minyak tea tree merupakan bahan antiseptik semula jadi buat kulit berminyak, minyak ini sangat bagus bagi membantu merawat kulit yang berminyak dan membunuh kuman yang menyebabkan berlakunya jerawat pada kulit wajah kamu.
Sebab itu, mana-mana produk yang mengandungi minyak tea tree ini, sangat bagus bagi membantu kamu merawat masalah jerawat dan menyingkirkan minyak.
#10 Witch Hazel
Selain asid hyaluronik, witch hazel juga antara salah satu bahan yang bagus untuk membekalkan kulit kamu sentiasa kekal lembap. Witch hazel dapat membuang lebihan minyak dan kotoran yang terperangkap dalam liang pori, tanpa mengeringkan kulit wajah kamu.
Jadi lepas ni senang sikit nak cari produk yang elok untuk kulit berminyak, sebab kamu dah tahu kandungan bahan apa yang bagus untuk kulit berminyak.
Selamat beramal!