Touch ‘N Go eWallet bekerjasama dengan Express Rail Link (ERL) menawarkan perkhidmatan tambang murah dengan potongan sebanyak 15% bagi pengguna Touch ‘N Go eWallet, yang menggunakan pengangkutan ERL dari atau ke KLIA dan KLIA2.
Transaksi pembayaran tanpa tunai Touch ‘N Go eWallet ini, di jamin lebih selamat dan mudah untuk digunakan dalam mana-mana jenis pengangkutan yang terdapat di Malaysia.
Sempena kolaborasi antara Touch ‘N Go eWallet dan Express Rail Link (ERL), potongan tambang sebanyak 15% ke atas tiket KLIA Ekpress dan KLIA Transit yang terpilih untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak.
Tawaran ini juga boleh didapati dalam sesetengah tambang konsesi KLIA Transit, di mana ia khusus untuk golongan warga emas, pelajar yang memiliki kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) dan juga orang kelainan upaya yang memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Promosi ini boleh didapati untuk pembelian tiket di kaunter bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2020.
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai promosi yang diadakan, kamu boleh ikuti laman Facebook Touch ‘N Go atau layari laman sesawang Touch ‘N Go. Selain itu, kamu juga boleh kunjungi laman sesawang KLIA Ekspress untuk melihat promosi yang diberikan.
Kini pembayaran tiket lebih mudah dengan konsep cashless Touch ‘N Go eWallet!