Sekarang trend artis Malaysia menjadi YouTuber semakin menjadi-jadi, ramai artis-artis tempatan mula berjinak-jinak menggunakan platform YouTube untuk menjadi YouTuber. Menariknya, saluran YouTube yang mereka cipta juga sangat menarik menyebabkan ramai orang mengikuti saluran tersebut.
Bagi kamu yang ingin mencari kandungan-kandungan yang bukan saja menarik tetapi juga bermanfaat di YouTube, di sini penulis senarai beberapa nama-nama artis yang berbaloi untuk kamu subcribe!
#1 Aina Abdul
Saluran YouTube: [Aina Abdul]
Aina Abdul antara artis tanah air generasi muda yang telah menjadi YouTuber Malaysia, semua video-video yang dihasilkan dan dikongsikan di saluran YouTubenya sangat menarik! Aina banyak berkongsi lagu cover yang hits di saluran YouTubenya.
Jadi jika kamu berminat mendengar lagu-lagu cover yang gempak serta ingin belajar mengenai muzik, kamu boleh subcribe YouTube Aina Abdul!
#2 Daiyan Trisha
Saluran YouTube: [Daiyan Trisha]
Daiyan Trisha juga merupakan antara artis YouTuber terkenal di Malaysia, Daiyan sering memuatnaik video-video lagu cover yang best-best. Malah jumlah tontonan di salurannya juga sangat banyak. Selain itu, Daiyan juga banyak berkolaborasi bersama seniman muzik yang berbakat di saluran YouTubenya.
Jika kamu mahu mendengar lagu original Daiyan berserta lagu cover yang hebat, subcribe YouTube Daiyan sekarang!
#3 Elly Mazlein
Saluran YouTube: [Dunia Elly Mazlein]
Minat nak tahu kisah harian kak Lina pom pom? Kamu boleh subcribe saluran YouTubenya iaitu Dunia Elly Mazlein. Elly atau lebih mesra dengan nama kak Lina ini, semakin giat berkongsi video kehidupannya di YouTube.
Bagi yang berminat nak tahu rencah kehidupan artis veteran kita ni, jangan lupa subcribe!
#4 Sheila Rusly
Saluran YouTube: [Sheila Rusly]
Kamu minat memasak dan berminat nak belajar resepi masakan baru? Maka saluran YouTube Sheila Rusly adalah yang terbaik untuk kamu ikuti dan subcribe! Sheila Rusly banyak berkongsi resepi masakannya di saluran YouTubenya.
Oleh itu, siapa yang nak belajar memasak, saluran ini adalah tok gurunya!
#5 Heliza Helmi Dan Hazwani Helmi
Saluran YouTube: [The Helmis]
Heliza dan Hazwani Helmi merupakan selebriti dan juga aktivis kemanusiaan Malaysia, saluran YouTube mereka mengandungi perjalanan dua beradik di negara bergolak, Syria.
Heliza dan juga Hazwani juga bukan sahaja berkongsi video-video aktivis kemanusian, mereka juga berkongsi video-video berunsur nasihat, lagu cover dan pelbagai tutorial yang menarik.
Comfirm tak rugi subcribe saluran YouTube The Helmis ni.
Bonus
#6 Laudya Cynthia Bella
Saluran YouTube: [LCB Channel]
Meski Laudya Cynthia Bella bukan artis tempatan, tetapi dirinya merupakan antara YouTuber yang terkenal dan diikuti ramai peminat di Malaysia. Rata-rata kandungan video di saluran YouTube Bella ini mengandungi video tutorial, tips, nasihat, produk baru, lagu cover dan juga kehidupan hariannya.
Serius tak rugi kamu follow saluran YouTube si Bella ni!
Jadi apa tunggu lagi, jom subcribe saluran YouTube mereka sekarang. Bukan saja video-video yang dikongsikan menarik, malah kita juga dapat menimba pengetahuan.
Mana satu YouTuber kegemaran kamu?