What’s In My Bag?
Lagi-lagi untuk setiap perempuan, agaknya apa ada dalam beg tangan mereka? Yang kerap menjinjit beg bersaiz besar, penulis pasti pelbagai harta karun dibawanya bersama, tapi kalau jenis yang sempoi sekadar clutch ke mana sahaja… agaknya benda basic sahaja.
Baiklah, itu kita… tapi bagaimana pula selebriti? Penulis rasa mesti mereka bawa pelbagai koleksi kaca mata hitam, beg mekap, benda asas seperti kunci rumah, dompet, kunci kereta, smartphone, atau ada yang tak lupa snek ringan.
Agaknya apa yang ada dalam beg gadis genit bertubuh langsing Cinta Laura? Siapa tidak mengenalinya, pernah mencipta kemasyuran melalui sinetron “Upik Abu dan Laura”. Ramai menyukainya kerana stail percakapan yang pelat tapi cukup sedang didengar, ada accent tersendiri bila berbahasa Inggeris.
Baca : Masih Ingat Aktres Indonesia Cinta Laura? Ni Dia Sekarang… Seksi Giler!
Menurut Cinta Laura, dia seorang yang sangat simple dan beg tangan kecil adalah pilihannya. Dalam video kali ini, Cinta Laura hanya membawa beg tangan Gucci jenis chain bag. Nak tahu ada item misteri yang diusung ke mana saja.
Dua buah peranti
Benda pertama yang ada dalam beg Cinta Laura adalah dua buah peranti – satu untuk nombor Indonesia, satu lagi nombor Amerika. Keduanya digunakan untuk urusan peribadi dan kerja.
Dompet
Dompet Cinta Laura jenama Balenciaga rona hitam, cukup eksklusif dan moden. Punya wang ringgit, dan pelbagai kad. Yang best, Cinta Laura cukup suka dengan gambar pada lesennya kerana mekap yang sangat on point.
Beg mekap
Untuk beg mekap, Cinta Laura memilih meletakkan dalam uncang. Terdapat lip gloss, set kontor (Cinta Laura tak guna foundation, bedak), lip matte dan blusher.
Kaca mata hitam
Kaca mata hitam dipakai setiap kali tidak mengenakan mekap dan mahu jauh dari spotlight (contohnya bila dia moody).
Losyen pencegah gigitan nyamuk
Setiap kali berada di Indonesia, Cinta Laura suka memakai short pants jadi nyamuk kerap datang ‘menyinggah’ padanya. Kata gadis ini, ramai kenalan mengusiknya kerana membawa losyen nyamuk ke mana sahaja berada.
Sikit betul barang dalam beg tangan Cinta Laura. Menarik!