Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Rai Cinta Kamu Bersama Pasangan Di Pavilion!

by Mas Idayu
February 12, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hari Kekasih dah nak dekat ni, ada tempat-tempat yang menarik tak yang boleh dikunjungi?

Pasti soalan ini berlegar-legar di benak fikiran kamu sekarang ini bukan, bagi yang mencari-cari lokasi untuk meluangkan masa dan mencipta moment indah bersama pasangan, apa kata kamu ke Pavilion, Kuala Lumpur. Tapi apa yang menarik di Pavilion, melainkan banyak butik-butik yang high-end?

Sebenarnya untuk sambutan Hari Kekasih pada bulan ini, Pavilion mengadakan Valentine’s Day Photobooth yang bermula pada hari ini sehingga 16 Februari 2020. Gerai foto ini, di hiasi dengan bunga-bunga berwarna putih dan merah sesuai dengan tema sambutan Hari Kekasih pada tahun ini.

Foto – Arkib Wanista

Gerai foto ini terletak di tingkat tiga berhampiran dengan Main Concierge. Sambil mengabadikan kenangan bersama yang tersayang, kamu juga boleh berpeluang memenangi hadiah istimewa!

Caranya sangat mudah, apa yang kamu dan pasangan perlu lakukan adalah:

  1. Ambil gambar berpasangan di Valentine’s Day Photobooth, yang terletak di tingkat tiga.
  2. Muatnaik gambar kamu di akaun Instagram bersama hashtag #FromPKLwithLove dan #PavilionKL
  3. Kemudian tunjukkan post tersebut kepada wakil khidmat pelanggan di kaunter Main Concierge yang terletak berada di tingkat tiga, dan kamu berpeluang untuk memenangi hadiah Valentine Love Dip yang bernilai RM13,000 termasuklah Truly Malaysian Afternoon Tea untuk dua orang di The Courtyard Pavilion Hotel KL, Hi-Tea di Betjeman & Barton, Set mainan Mickey & Minnie serta baucer daripada Make Up Forever dan juga Illy Cafe.
  4. Terhad untuk 30 pernyertaan sehari.
Foto – Arkib Wanista

Selain mengabadikan kenangan terindah bersama pasangan di gerai foto yang terletak di tingkat tiga Pavilion, kamu juga boleh berkunjung ke butik terbaru di Pavilion yang juga berada di tingkat yang sama.

Tambahan lagi, jika kamu ingin mencari hadiah Hari Kekasih untuk pasangan, maka butik-butik baru ini mungkin dapat bantu kamu mencari hadiah yang sesuai untuk yang tersayang!

Valentino, Level 3

Foto – Pavilion Kuala Lumpur

Butik Valentino ini menawarkan pakaian ready-to-wear, aksesori dan juga wangian untuk wanita dan lelaki, jadi tak salah untuk kamu dan pasangan singgah sebentar setelah puas mengambil gambar di gerai foto bukan?

Christian Louboutin, Level 3

Foto – Pavilion Kuala Lumpur

Antara jenama mewah dan terkenal dunia, Christian Louboutin kini berada di Pavilion Kuala Lumpur. Ini merupakan butik pertama di Malaysia dan rekaan serta dekorasi butik ini juga sangat elegan dan mewah. Paling penting, jenama ini menampilkan pilihan kasut dan aksesori yang menepati citarasa wanita dan lelaki!

Dior Pop-up, Level 3

Foto – Arkib Wanista

Dior buat pertama kalinya menampilkan koleksinya dengan konsep pop-up yang mengambil sumber inspirasi dari rumah hijau, menunjukan kombinasi antara alam semula jadi dan kitaran musim. Dior Pop-up ini terletak berhadapan butik Rolex dan Gucci. Ia akan berlangsung dari 20 Februari hingga 5 April 2020. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Dior Pop-up ini nanti.

Nikmati Suasana Romantik Bersama Pasangan!

Rasanya tak sah sambut Hari Kekasih tanpa candle light dinner bersama pasangan bukan? Setelah puas berjalan melihat butik-butik baru dan mengambil gambar di tingkat tiga Pavilion, apa kata kamu dan pasangan menikmati suasana romantik di Michelangelo’s Restaurant & Bar yang menawarkan pelbagai hidangan Itali yang istimewa untuk pasangan kekasih.

Foto – KSL Hotel & Resort

Bagi yang inginkan selera timur, kamu boleh bawa pasangan menikmati hidangan Jepun di restauran Kampachi yang menawarkan pelbagai menu ikan segar yang di bawa secara terus dari Tokyo dan Osaka!

Jadi jom raikan cinta kamu dan pasangan di Pavilion dan abadikan kenangan terindah kamu berdua di gerai foto yang berada di tingkat tiga, serta nikmati suasana candle light dinner yang romantik di restauran high-end di Pavilion pada bulan ini.

Tags: Butik Pavilion KLchristian louboutinDior Pop-uphari kekasihpavilion kuala lumpurRai Cinta Di PavilionValentine's Day 2020Valentine's Day Di Pavilion KLValentine's Day Photoboothvalentines dayValentino
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - PUMA
Fesyen

#DIVAReview PUMA Run XX Nitro, 3 Sebab Kenapa Ia Eksklusif Untuk Wanita!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Bila sebut tentang kasut larian, DIVA yakin pasti ada yang segelintir individu yang anggap kasut larian semuanya sama. Tak kiralah...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kecantikan

5 Skincare Berasaskan Teh Hijau, Bahan Superhero Untuk Jerawat Hingga Anti-Penuaan

by IamLisa
May 19, 2022
0

Teh hijau bukan sahaja selamat untuk minum setiap hari, tetapi juga selamat untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit harian. Dikenali...

Baca Lagi
Foto - SAMSUNG
Fesyen

Intai SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic, Gaya Sporty Jadi Lebih Sofistikated!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Jam tangan pintar SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic? Sekali pandang memang nampak sangat eksklusif dengan gaya sporty yang sofistikated! Buat yang...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.