Rekaan pentas untuk Anugerah Akademi 2020 yang ke-92, pada tahun ini memang lain dari tahun-tahun sebelumnya.
Demi memberi keistimewaan dan kelainan terhadap rekaan pentas Oscars pada tahun ini, Swarovski berkolaborasi bersama Jason Sherwood yang merupakan seorang pereka dan pengarah kreatif untuk teater, muzik live, televisyen dan produksi eksperimen yang terkenal bagi menghasilkan pentas yang sangat gah dan mewah!
Menariknya gandingan sentuhan idea kreatif dari Jason dan juga Swarovski, berjaya menghasilkan pentas Oscars dengan penuh kilauan dan sinaran dengan menggunakan 40,000 batu kristal Swarovski! Wow, memang mewah habis pentas Oscars tahun ni ya.
Rekaan Pentas Oscars Yang Mewah!
Untuk memberikan rekaan pentas yang unik, terdapat tiga kunci utama sebagai elemen penting bagi menghasilkan mereka pentas berprestij ini. Iaitu Swarovski Crystal Inner Spiral, Crystal Curtain dan Crystal Tower yang dihiasi dengan beribu-ribu batu kristal Swarovski.
Jason ingin mencipta ruang yang komplek, pelbagai dan cantik seperti dalam sebuah filem untuk menyambut atau meraikan artis-artis terkenal dunia pada acara berprestij ini.
Rekaan pentas Oscars ini juga menampilkan kombinasi antara storytelling dan kesan visual yang sangat glamour serta memberi kesan kilauan terbaik seperti berada di dalam kaleidoskop apabila artis berdiri di atas pentas hebat ini.
Untuk pengetahuan semua Crystal Inner Spiral seberat 1,100lbs atau 498kg ini ditonjolkan pada bidai kristal yang menawan. Manakal lebih 100 helai benang kristal bersama 12,000 batu kristal Swarovski digunakan bagi memberi kesan aluminasi pada bahagian tengah pentas.
Tambahan lagi Crystal Curtain yang seberat 600lbs atau 272kg dengan panjang 60 kaki dan 40 lebar ini, menawarkan panorama yang mengasyikan dari pentas.
Elemen terakhir rekaan pentas iaitu Crystal Tower yang seberat 1,325lbs atau 601kg dengan panjang 38 kaki dan lebar 14 kaki ini di penuhi dengan batu-batu kristal Swarovski sebanyak 28,000 untuk Crystal Tower sahaja! Wah, banyaknya.
Sambutan Oscars yang ke-92 kali ini di sambut dengan penuh meriah dan mewah dengan sentuhan idea kreatif pengarah dan pereka Jason Sherwood bersama Swarovski!
Memang cantik sangat-sangat pentas Oscars tahun ni.