Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Kenapa Sains Kata “Okay” Jika Kamu Berasa Malas

by Mas Idayu
February 3, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hai, malasnya nak siapkan kerja hari ini. Oh, semangat tolonglah datang!

Hah, kamu mesti pernah merasai perasaan seperti ini bukan?

Perasaan malas kadang-kala mampu menguasai diri kita dan menjadikan mental dan fizikal mengikut tindakbalas perasaan malas tersebut.

Kadang-kala kita sendiri sukar untuk mengawal perasaan malas yang tiba-tiba muncul dalam diri. Adakah ianya petanda yang tidak baik kepada diri, mungkinkah ia menyampaikan mesej yang tersirat?

Sebenarnya perasaan malas yang kadang-kala menerpa dalam diri kita bukanlah perkara yang serius, sebaliknya ia memberi petanda yang baik buat diri kita.

Ini sebab mengapa ianya okay, jika kamu kadang-kala berasa malas dalam kehidupan seharian menurut sains!

Saintis Sokong Kamu Bermalasan!

Betul ke sains sokong kita menjadi malas? Opss, jangan salah tafsir dengan erti ‘menyokong kemalasan’ yang ditampilkan.

Dalam Journal Kesihatan Psikologi, saintis menyatakan fizikal individu yang kurang aktif menunjukan mereka lebih bijak berbanding individu dengan fizikal yang aktif. Para penyelidik siap menghasilkan penerangan mengenai ‘kemalasan’, yang di panggil ‘need for cognition’.

Foto – Mamamia

Manusia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan masing-masing memiliki struktur dalam melihat dunia serta kebanyakan mereka sering melakukan aktiviti dengan menggunakan simulasi mental yang banyak seperti aktiviti debat atau mencari buah fikiran.

Jadi menerusi data, sains menyokong bahawa individu yang kurang aktif dalam aktiviti fizikal lebih menjurus kepada aktiviti berfikir yang merupakan petanda individu yang bijak berfikir.

Petanda Kamu Memiliki IQ Yang Tinggi

Berasa malas bukanlah bermaksud seseorang itu memiliki IQ atau pengetahuan yang rendah, sebaliknya ia adalah petanda diri mereka memiliki IQ yang tinggi. Kenapa sains kata orang yang berasa malas ini mempunyai IQ yang tinggi?

Kerana biasanya individu yang malas ini merupakan jenis pemikir dan mereka kurang aktif dalam melakukan aktiviti aktif yang menggunakan fizikal. Jurteru itu, individu yang malas lebih gemar menggunakan otak mereka dari melakukan aktiviti yang mereka rasakan tidak berbaloi untuk dilakukan.

Foto – MSN

Senang kata, orang yang memiliki rasa malas seperti ini umpama padi. Semakin berisi sang padi, semakin menunduklah ia. Kelebihan diri individu sebegini adalah, mereka seorang yang bijak berfikir dan mempunyai IQ yang tinggi.

Tetapi kelemahan lain yang mereka miliki adalah, kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti yang melibatkan fizikal diri.

“False Laziness” Bawa Kejayaan Dalam Hidup

Apa pula ‘false laziness’ ni? Lain macam pula bunyinya! Menurut Michael Lewis, yang merupakan penulis buku bestselling ‘Moneyball’ dan ‘The Big Short’ berkongsi tentang sikap malasnya membawa kejayaan dalam hidupnya.

Kata Michael, kemalasan yang dimiliki di anggap sebagai tapisan sebelum membuat keputusan untuk melakukan kerja atau tugasnya. Sebab itu konsep ini dikenali sebagai ‘false laziness’.

Foto – Hindustan Times

Satu lagi contoh lain, permainan video merupakan salah satu contoh konsep ‘false laziness’. Ramai orang menganggap orang yang bermain permainan video adalah orang-orang yang malas tetapi sebenarnya orang yang bermain permainan video memiliki daya berfikir yang strategik dan mampu menyelesaikan masalah dengan pantas.

Jadi tidak hairanlah pemain-pemain profesional adalah kalangan orang yang berjaya.

Orang Malas Lebih Bijak

Macam tak percaya je yang orang malas ni lebih bijak, ada bukti ke? Bill Gates pernah mengatakan ayat ini, “Saya sering memilih orang yang malas untuk melakukan tugas yang berat, kerana orang yang malas akan mencari jalan yang mudah untuk menyelesaikan tugas yang diberikan” jelas Bill Gates.

Ayat tersebut sebenarnya ada betulnya kerana orang yang malas ini akan mencari jalan mudah bagi menyelesaikan tugas yang diberikan.

Foto – Konbini

Dan biasanya orang yang malas ini adalah jenis pemikir kritikal yang mana mereka mampu menyelesaikan tugas mereka sama ada berat atau ringan, dengan cara mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan tenaga dan terus mencari jalan yang berkesan bagi menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.

Kemalasan Merehatkan Otak

Foto – Bustle

Tahu tak, sebenarnya apabila diri kita berasa malas untuk melakukan apa jua tugas, secara tidak langsung ia sebenarnya membuatkan otak kamu berehat seketika dari berfikir. Dalam fasa berehat ini, fikiran kamu akan mengelamun dari sebarang perhatian lain.

Dan ini dapat memberi bekal tenaga kepada otak dan menjadikan diri kamu untuk berfikir dengan lebih baik dan kreatif apabila tumpuan kamu kembali fokus.

Mampu Membuatkan Diri Merancang Lebih Baik

Foto – Score

Tahu tak, para penyelidik membuat kajian dan mendapati manusia kerap berfikir mengenai masa depan 14 kali apabila tumpuan diri tidak fokus, berbanding apabila tumpuan diri masih dalam keadaan fokus.

Malah kita juga memikirkan tujuh kali mengenai matlamat diri pada jangka masa panjang, apabila perhatian kamu sedang berehat. Wow, hebatnya!

Oleh itu, dengan berehat secara bermalas-malasan membolehkan diri kamu untuk merancang strategi dan matlamat dengan lebih baik. Jadi tak salah jika kamu bermalas-malasan seketika!

Mampu Beri Idea Yang Bernas

Foto – Inc

Orang yang malas memiliki daya berfikir yang unik, biasanya minda kita akan menghubungkan diri kita kepada tiga destinasi mental iaitu masa silam, masa kini dan masa hadapan. Menerusi tiga elemen yang menjadi faktor dan pencetus ini, maka terhasillah idea yang bernas dan ia kamu menjadi lebih fokus.

Jadi tidak hairanlah individu yang dilihat malas ini sering mempunyai idea yang bernas apabila berbincang secara dalam kumpulan atau mengeluarkan proposal idea untuk projek. 

Rujukan: 1, 2, 3

 

Tags: individu malas berjaya dalam hidupkemalasan bukan penghalang kejayaankemalasan petanda diri bijakorang malas punya iq tinggitak salah rasa malas
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.