Akhirnya Kang Gary kembali ke kaca televisyen selepas lamanya menyepi.
Kali ini Gary tidak keseorangan tetapi membawa keluarga kecilnya sekali. Muncul dalam program televisyen KBS “Return of Superman”, Gary akan ditemani anaknya Kang Hao yang baru berusia 26 bulan!
Semalam bersamaan 2 Februari, Gary dan anaknya, Hao membuat debut mereka sebagai ahli dalam program seisi keluarga yang cukup popular.
Mengenai keputusannya menyertai “Return of Superman”, Gary berkata, “Saya menonton semua siaran. Ia satu program yang sering saya tonton, dan sangat berkait dengan kehidupan saya, kerana saya menghabiskan 70% masa dengan keluarga dan 30% lagi untuk muzik. Jadi, saya berminat dan memutuskan untuk menyertainya.”
Keletah Si Kecil Hao
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi! Hao ternyata mengikuti jejak langkah Gary dengan bakatnya dalam bidang muzik. Hao sangat suka bermain ukulele, yang mana dirujuk sebagai gitar.
“Hao suka menyanyi ketika bermain gitar. Ada sekali, kami pergi melawat rumah datuk, dan terdapat gitar di sana, kebetulan TV sedang menayangkan band sedang membuat persembahan. Selepas melihatnya, Hao berpura-pura bermain gitar selama sebulan. “
Hao kemudian meminta ayahnya bermain lagu Stevie Wonder “Isn’t She Lovely” dan menyanyi bersama-sama.
Jangan tak tahu, Hao tidak hanya boleh berbahasa Korea malah punya kemahiran dalam bahasa Vietnam dan Hawaii. Hal ini selepas Gary bertanya bagaimana untuk mengatakan “hello” dalam pelbagai bahasa. Wah hebat tau! Lepas ni Hao boleh kalahkan Gary dengan bercakap bahasa Inggeris.
Kalau nak tengok lagi keletah Hao dan Gary, tonton “Return of Superman” yang mula ditayangkan pada Februari.