Siapa yang tak mahu post gambar yang lawa-lawa di Instagram bukan, nak-nak gambar makanan. Comfirm terliur tengok!
Tapi macam mana caranya nak ambil gambar yang betul-betul Instaworth?
Kalau kita tengok gambar-gambar yang para influencer tayang di sosial media mereka, semuanya cantik-cantik dan nampak professionalpun ada juga. Jadi macam mana kita nak dapatkan gambar yang sama level macam influencer ni.
Nak kena ada kamera yang mahal-mahal atau macam mana. Sebenarnya zaman sekarang ni, nak dapatkan gambar makanan yang lawa-lawa mudah sangat, cuma tak ramai yang tahu teknik atau sudut mengambil gambar dengan betul.
Jom wanista kongsi tips yang influencer guna untuk ambil gambar makanan.
#1 Guna Cahaya Semulajadi
Untuk mendapatkan gambar makanan yang cantik, kamu perlu menggunakan cahaya semulajadi seperti cahaya matahari sebagai flash kamera. Penggunaan cahaya semulajadi merupakan kunci dan aspek yang penting bagi mendapatkan gambar yang cantik dan profesional.
#2 Kena Tahu Sudut Yang Betul
Mahu mendapatkan gambar makanan yang cantik-cantik, kamu bukan hanya sekadar mengambil gambar makanan tersebut. Tetapi kamu perlu tahu sudut atau posisi mana yang boleh berikan gambaran yang cantik.
Satu lagi kamu harus tahu subjek kamu, contohnya burger, ayam goreng atau apa-apa jenis makanan yang kamu mahu jadikan sebagai fokus lensa. Apabila kamu tahu subjek fokus, cari sudut atau posisi yang dapat menonjolkan makanan tersebut dalam gambar.
#3 Pilih Setting Dengan Betul
Sebenarnya bukan makanan saja kamu boleh jadikan sebagai subjek fokus, kamu juga boleh beri perhatian terhadap tempat sekeliling.
Contohnya lihat mood persekitaran tempat makan atau restauran yang kamu kunjungi, kamu boleh jadikan cawan, meja makan, kerusi, dan dekorasi tempat tersebut untuk mendapatkan gambar makanan yang lawa.
#4 Jangan Terlebih Edit
Apabila kamu telah berjaya menangkap gambar makanan, jangan pula kamu terlebih edit. Membuang warna atau menjadikan warna gambar makanan tersebut lebih terang adalah kerja yang mudah, tetapi ia juga mudah menjejaskan fokus subjek.
Daripada kamu memberi fokus terhadap warna gambar, lebih baik kamu fokus kepada kontras dan ‘sharpness’ gambar makanan berserta sedikit filter. Apa yang penting, kamu mengambil gambar dengan pencahayaan yang betul.
#5 Pilih Stail Yang Bersesuaian
Apabila kamu telah mengetahui cara mengambil gambar makanan dengan betul, dengan mengambil kira dari segi sudut, pencahayaan dan jenis makanan yang ingin kamu ambil, seterusnya adalah mencari stail kamu sendiri.
Kebanyakan influencer mengambil gambar makanan mereka dengan menggunakan kamera telefon pintar kerana ianya lebih mudah, dan praktikal. Jadi kamu tak perlu menggunakan kamera dslr yang mahal-mahal semata-mata untuk dapatkan gambar makanan yang instaworth.
Di harap, tips yang wanista kongsikan hari ini dapat bantu kamu menghasilkan gambar makanan yang cantik-cantik dan menggiurkan untuk kongsi di Instagram nanti.
Serius terliur tengok gambar makanan influencer Food Feels ni, semua cantik-cantik!