Kamu kenal tak pengarah filem Bong Joon Ho. Tak pun pernah tonton tak filem korea tajuk ‘Parasite’ yang ditayangkan pada tahun lepas.
Hah, kalau pernah tonton filem gempak tersebut, ia merupakan hasil kerja oleh pengarah Bong Joon Ho. Bong Joon Ho bukan pengarah filem biasa-biasa, beberapa filem yang dihasilkannya berjaya cecah kutipan yang tinggi dalam box office dan mendapat pengikhtirafan global. Hebat tak?
Selain itu, Bong Joon Ho bukan sekadar pengarah filem yang berbakat tetapi juga seorang aktor dan penulis skrin yang hebat. Baik dari segi lakonan sehinggalah ke penghasilan sebuah karya filem, Bong Joon Ho akan berikan yang terbaik dan hasilnya sangat memuaskan!
Bukan biasa-biasa pengarah yang dapat anugerah antarabangsa macam Bong Joon Ho ni. Bong Joon Ho merupakan seorang pengarah unik dan bijak bermain dengan elemen lucu, misteri, suspens, dan fiksyen sains. Jalan cerita yang ditonjolkan dalam filem diadun dengan kemas oleh pengarah hebat ini.
Maka tidak hairanlah, penonton yang menonton filem hasil tangan Bong Joon Ho ini memberi komen dan rating terbaik.
Nak tahu senarai filem terbaik pernah dihasilkan pengarah ini, baca sampai habis!
#1 Parasite [2019]
Filem ‘Parasite’ mengisarkan tentang keluarga Park yang kaya raya dan keluarga Kim yang miskin. Takdir menemukan kedua-dua buah keluarga dalam situasi yang tidak di sangka, di mana Kim-woo yang merupakan remaja kolej menggantikan kawannya menjadi tutor kepada anak perempuan keluarga Park.
Dan situ bermula plot di mana, ahli keluarga Kim mula bekerja untuk keluarga Park dengan memberi perkhidmatan ‘mewah’ sebagai tutor dan terapi seni.
Manakala keluarga Park bertanggungjawab, menanggung kos kehidupan Kim sekeluarga. Tetapi keadaan tersebut tidak bertahan lama, apabila parasit mula mengganggu ketenteraman hubungan di antara Kim dan Park sekeluarga.
#2 Mother [2009]
Filem ‘Mother’ pula mengisarkan tentang seorang ibu tunggal bersama anak lelaki tunggal yang bernama Yoon Doon-Jo yang dianiaya terhadap pembunuhan wanita muda, dan menyebabkan anaknya menjadi tidak siuman.
Oleh itu, demi membersihkan kembali nama anaknya dan membuktikan anaknya tidak bersalah, ibu tunggal ini keluar mencari kebenaran tentang pembunuhan tersebut.
#3 Snowpiercer [2013]
Filem ini mengisarkan Snowpiercer yang merupakan keretapi yang membawa sekumpulan manusia yang tinggal di bumi, selepas eksperimen menyiasat perubahan iklim menjadi mimpi ngeri mereka semua.
Selain berusaha untuk terus hidup, mereka juga mempunyai konflik antara manusia golongan atasan yang tinggal dalam tren kelas atas dan manusia golongan bawahan, yang tinggal dalam tren kelas bawah.
#4 The Host [2006]
Filem ‘The Host’ mengisarkan tentang seorang gadis yang di tangkap oleh makhluk gergasi yang tiba-tiba muncul dari dalam sungai Han dan ahli keluarganya berusaha mengesan makhluk tersebut dan berharap dapat membawa anak mereka pulang dengan selamat.
#5 Memory Of Murder [2003]
Filem ‘Memory of Murder’ ini berdasarkan kisah sebenar. Ia memfokuskan zaman diktator di Korea Selatan pada tahun 1986, di mana terdapat dua orang polis luar bandar dan seorang detektif dari bandar bersama-sama menyiasat tentang kes pembunuhan dan rogol bersiri. Kisah yang penuh dengan suspen dan thrill dalam usaha mencari dalang di atas kes tragik ini.
#6 Okja [2017]
Filem ‘Okja’ mengisarkan tentang seorang remaja perempuan yang bernama Mija yang berusaha melindungi sahabat baiknya, yang merupakan haiwan mutasi gergasi dari tangan jahat seorang CEO syarikat multinational.
Mija perlu mengharungi cabaran yang sukar untuk menyelamatkan sahabat baiknya dari tangan kapitalis yang tamak!
Tahap genius Boon Jong Hoo ni.. Selepas Parasite, apa lagi filem yang bakal dihasilkan?