Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Sebenarnya Elok Ke Tak Minum Susu Campur Madu?

by IamLisa
January 3, 2020
43
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penulis merupakan peminat susu. Diminum begitu sahaja tanpa sebarang tambahan atau bersama buah pisang dan strawberi. Sedap enak!

Susu secara semula jadi mengandungi nutrien penting seperti pelbagai vitamin, protein, kalsium, magnesium, fosfors dan zink. Manfaat paling ketara pada susu adalah membantu anda tidur dengan lebih baik, bagus untuk tulang serta susu panas dikatakan ubat kepada selesema dan batuk. Bukan sahaja untuk kesihatan, minum susu juga baik untuk kecantikan.

Susu sedap dinikmati ketika hangat dan sejuk mengikut citarasa masing-masing. Tapi lagi sedap jika dicampur dengan madu. Bukan sahaja makin bertambah enak tapi kaya dengan manfaat yang langsung tak dijangka. Ini kerana madu juga telah digunakan sebagai ubat semula jadi bagi banyak penyakit. Madu mempunyai sifat antibakteria dan antioksidan yang tinggi.

Baca : Ini Dia 10 Manfaat Minum Madu Setiap Hari!

Kalau nak tahu manfaat minum susu bersama madu, teruskan pembacaan.

Tingkat Stamina

Segelas susu dan madu setiap pagi dianggap meningkatkan stamina seseorang. Susu mengandungi protein, manakala madu mengandungi karbonhidrat yang diperlukan untuk rangsangan metabolisme yang berkesan. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of International Nutrition Sports mendapati bahawa susu boleh menjadi minuman pasca latihan yang berkesan. Jika dibandingkan dengan kebanyakan minuman sukan, susu miliki nutrien yang lebih padat untuk orang yang terlibat dalam aktiviti kekuatan dan ketahanan.

Tidur Nyenyak

Untuk individu insomnia, minumlah segelas susu suam ditambah madu asli sebelum masuk tidur. Anda tentu tidak akan berjaga malam dan mendapat tidur yang lebih lena. Kerana kedua-dua bahan ini mengandungi kompenan yang dapat merembeskan hormon serotonin yang membuatkan anda lebih relaks.

Foto – Helpguide

Kesihatan Tulang

Susu kaya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang. Walaubagaimanapun, pengambilan kalsium dengan sendirinya tidak mencukupi untuk membantu ketahanan tulang. Madu dan enzimnya didapati efektif dalam membekalkan nutrien dalam tubuh. Jadi, kombinasi keduanya akan membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan lebih banyak dan mencegah masalah osteoporosis atau radang sendi seperti gout.

Menyembuhkan Penyakit Pernafasan

Campuran susu panas dan madu berkesan dalam membunuh dan membuang bakteria di kerongkong untuk mengurangkan jangkitan saluran pernafasan. Ia telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat selesema dan mengurangkan batuk. Oleh itu, madu dan susu adalah baik untuk mencegah dan merawat jangkitan saluran pernafasan.

Foto – Medical News Today

Lancar Sistem Penghadaman

Madu mempunyai sifat prebiotik yang boleh merangsang pertumbuhan dan perkembangan bakteria baik. Ia akan berkerja bersama kebaikan susu untuk mengatasi masalah usus seperti kembung perut, kejang dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat mengganggu sistem penghadaman anda.

Kulit Lebih Sihat Dan Bersinar

Kombinasi susu dan madu mempunyai beberapa nutrien penting yang diperlukan untuk menjadikan kulit licin, bersih dan bersinar. Protein, asid amino, vitamin dan mineral hadir untuk mempromosikan pertumbuhan tisu yang sihat dari dalam.

Foto – Space NK

Mengurangkan Tekanan

Susu adalah cara yang baik untuk membantu menghilangkan tekanan selepas melalui hari yang letih. Manfaat minum susu panas membantu melegakan otot yang tegang dan menenangkan saraf. Keuntungan susu juga telah terbukti dapat mengurangkan gejala PMS (sindrom pramenstruasi) dan dapat meningkatkan tenaga. Jika anda merasa letih, ambillah segelas susu suam bersama madu. Anda akan dapatkan rasakan kenikmatannya.

Menguatkan Gigi

Kalsium dan fosforus dalam susu sangat penting untuk perkembangan kesihatan gigi kanak-kanak. Satu lagi protein penting dalam susu adalah kasein. Kandungan ini membantu membentuk lapisan nipis pada permukaan gigi gigi.

Sifat Antibakteria

Minum susu dengan madu mempunyai kesan yang sangat baik untuk menghilangkan beberapa bakteria. Apabila anda minum susu panas dan madu, anda dapat mengurangkan sembelit, kembung, dan masalah usus lain.

Siapa sangka campuran susu bersama madu memberi ganjaran lipat kali ganda pada kesihatan dan kecantikan.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: Kebaikan Susumanfaat minum susu campur madumanfaat susuminum susuminum susu campur madususu bagus untuk insomniasusu campur madu
Share17SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Kate Spade
Fesyen

Rasai Musim Panas Kate Spade Cabana Pop Up Di KL Journal Hotel

by IamLisa
May 20, 2022
0

Musim panas mengingatkan kamu pada cuaca panas terik, sandal dan selipar, serta fesyen warna-warni yang ceria dan nipis. Kate Spade...

Baca Lagi
Foto - PUMA
Fesyen

#DIVAReview PUMA Run XX Nitro, 3 Sebab Kenapa Ia Eksklusif Untuk Wanita!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Bila sebut tentang kasut larian, DIVA yakin pasti ada yang segelintir individu yang anggap kasut larian semuanya sama. Tak kiralah...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.