NIKE Inovasi Bra Baru, Jamin Keselesaan Untuk Wanita Bersukan!

39
KONGSIAN

Tak selesa betullah bila bersukan je, mesti rasa tak selesa terutamanya di bahagian payudara!

Wanita yang aktif bersukan memerlukan bra sokongan yang selesa dan mampu menyokong payudara mereka semasa melakukan aktiviti bersukan. Dan Nike nampaknya mampu memberi tawaran tersebut kepada wanita yang aktif bersukan.

Nike satu jenama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan, baik dari penghasilan pakaian sukan, kasut dan aksesori sehinggalah ke pakaian dalam untuk wanita dan juga lelaki.

Kali ini Nike beri perhatian terhadap kehendak dan keperluan wanita bersukan, dengan menghasilkan bra sukan yang telah di inovasikan agar dapat memberi pengalaman serta keselesaan yang lebih baik untuk wanita bersukan.

Nike tampil menghasilkan dua jenis bra sukan terbaru, iaitu Nike Swoosh One Piece Pad Sport Bra dan Nike Ultrabreathe Sport Bra. Di mana fungsi bra sukan terbaru ini, dapat menangani masalah yang sering dihadapi oleh wanita ketika bersukan.

Bra Sukan Nike Swoosh One Piece Pad

Foto – Arkib Wanista

Bra sukan jenis ini menawarkan sokongan yang berganda menerusi dengan penggunaan bra pad jenis one piece, di mana wanita dapat melaraskan kedudukan pad dengan stabil dan fleksibel.

Tidak seperti bra pad yang terdapat di pasaran masa kini yang menggunakan dua bra pad, yang pastinya akan memberi ketidakselesaan dan mudah bertukar kedudukan apabila bersukan.

Selain, Nike menggunakan fabrik yang tahan lasak demi memberi sokongan yang padu pada payudara. Rekaan dan bentuk pad yang dihasilkan oleh Nike kali ini mengambil kira mengenai keperluan wanita dan sekaligus memberi sokongan dalam pelbagai tahap yang diperlukan oleh wanita.

Nike Women's Bra Innovations Nike Ultrabreathe Sports Bra and Nike Swoosh One Piece Pad Sports Bra 15

Dengan menggabungkan dua pad kepada satu, ia memberi keselesaan serta kemudahan kepada wanita. Tambahan lagi, pad ini boleh tarik keluar atau masuk semula dalam bra sukan dengan mudah dan ianya lebih praktikal untuk wanita bersukan.

Bra sukan Nike Swoosh One Piece Pad ini telah berada di pasaran secara global dan kamu boleh layari laman web Nike untuk membuat pesanan dalam talian.

Bra Sukan Nike Ultrabreathe

Foto – Arkib Wanista

Manakala bagi bra sukan jenis Nike Ultrabreathe ini pula, dapat memberi kebebasan kepada wanita dari masalah berpeluh di bahagian lurah payudara dan sekelilingnya.

Bra sukan Ultrabreathe ini dihasikan dengan rekaan bra berjaring, di mana jaring tersebut di reka pada bahagian yang memerlukan ruang bernafas dan mudah di keringkan.

Foto – Arkib Wanista

Bahagian jaring yang terdapat pada bra sukan ini akan dapat menangani masalah peluh yang dihadapi wanita apabila bersukan dan dalam masa yang sama bra tersebut dapat memberi sokongan pada payudara. Bra sukan ini didatangi dengan tiga jenis sokongan iaitu light, medium dan strong.

Bra sukan jenis medium akan memasuki pasaran secara global pada 6 Februari 2020 nanti, kamu boleh layari laman sesawang Nike untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bra sukan terbaru ini.

Related Posts