Tak sabarnya nak sambut Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Januari, hujung minggu ini. Korang dah rancang ke dengan ahli keluarga nak pergi mana, sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.
Almaklum sambutan Tahun Baru Cina kan, jatuh pada hari Sabtu dan Ahad kemudian pada hari Isnin pula jatuh sebagai cuti am. Kalau korang belum ada sebarang perancangan waktu cuti sambutan Tahun Baru Cina, wanista nak cadangkan korang tengok filem DOLITTLE di pawagam minggu ini.
Ada apa dengan filem Dolittle ini. Hah bagi yang minat dengan aktor Robert Downey Jr, kamu wajib tonton filem Dolittle ini kerana Robert Downey Jr bawakan watak yang cukup menarik dan lain dari watak-watak superhero yang pernah di bawanya sebelum ini.
Filem terbitan Universal Pictures ini comfirm akan buat kamu semua terhibur, dan paling penting jalan cerita dan intipati yang terkandung dalam filem Dolittle ini, akan buat kamu rasa berbaloi beli tiket filem tersebut. Tambahan lagi, selebriti yang terlibat bagi menjayakan filem ini juga bukan calang-calang orangnya!
Dr. Dolittle, Si Essentrik?
Ini bukan cerita psiko tau, siapa yang dah pernah tengok filem ‘Alice in Wonderland’ dan ‘Maleficient’, filem ini juga dari pengarah terbitan yang sama seperti kedua-dua filem gempak ini. Jom kenali siapa si Dolittle ini sebenarnya.
Dolittle atau John Dolittle, lakonan Robert Downey Jr, mengisarkan tentang seorang doktor haiwan yang terkenal dan mempunyai kebolehan bercakap dengan haiwan. Doktor Dolittle tinggal bersama haiwan-haiwannya di rumah Dolittle.
Dalam filem ini, doktor Dolittle lakonan Robert Downey Jr menampilkan karakter dirinya yang kurang bersosial dan berkomunikasi dengan manusia lain.
Dek kerana sikapnya yang pelik dan hanya berinteraksi dengan haiwan, bertambah pening apabila dirinya mendapat jemputan dari istana bagi mencari penyelesaian untuk menyembuhkan Ratu England!
“No Humans Allowed”, Kecuali..
Sudahlah kurang berinteraksi dengan manusia lain, ini pula kena cari penawar untuk sang ratu yang jatuh sakit. Tapi nasib baik doktor Dolittle tidak ‘keseorangan’, dirinya di temani dengan sahabat-sahabatnya yang membantu dalam pengembaraan doktor Dolittle!
Nak tahu siapa yang menemani doktor Dolittle, jom kita tengok:
- Polynesia si burung kakak tua yang fasih bertutur seperti manusia. Suara latar oleh Emma Thompson
- Jip merupakan seekor anjing yang bijak dan pengawal ratu. Suara latar oleh Tom Holland
- Dab-Dab si itik yang bossy dan simple. Suara latar oleh Octavia Spencer
- Plimpton merupakan seekor burung unta yang lawak dan suka menyembunyikan kepalanya dalam pasu. Suara latar oleh Kumail Nanjiani.
- Chee-Chee merupakan seekor gorila gunung yang pemalu dan penakut, tak padan langsung dengan saiz badannya yang besar tu. Suara latar oleh Rami Malek.
- Yoshi merupakan beruang polar yang benci pada kesejukan dan merupakan frenemy kepada Plimpton si burung unta. Suara latar John Cena.
- Kevin pula merupakan sang tupai yang sangat dramatik dan kecoh! Suara latar oleh Craig Robinson.
- Betsy si zirafah yang baik hati dan berani. Suara latar oleh Selena Gomez.
- Tutu si musang yang berani dan tidak mudah mengalah, cogan kata kegemarannya adalah “Vive la resistance!”. Suara latar Marion Cotillard.
- Mini si sugar glider yang comel dan mahu mengembara ke seluruh dunia. Suara latar Nick A.Fisher.
- Styx Si labah-labah.
- Elliot & Elsie sepasang monyet capuchin yang tidak dapat dipisahkan
- Humphrey si ikan paus yang bijak dan penyelamat doktor Dolittle. Suara latar Tim Treloar.
- James si pepatung yang putus cinta. Suara latar oleh Jason Mantsoukas.
- Barry si harimau yang mempunyai isu ‘mommy complex’ dan bekas pesakit doktor Dolittle. Suara latar Ralph Fiennes.
Opss, takkan haiwan saja yang menemani pengembaraan doktor Dolittle ini. Jangan risau, doktor Dolittle akan ditemani bersama seorang anak muda yang menjadi perantisnya (terpaksa ambil), dalam pengembaraan yang penuh mencuit hati ini.
Babak Yang Mencuit Hati
Dari mula filem ini ditayangkan sehinggalah ke penghujungnya, banyak babak-babak yang mencuit hati. Bukan itu saja, karakter-karakter haiwan yang penuh rencah dan ragam menjadikan jalan cerita Dolittle ini penuh warna-warni dan sesuai untuk tontonan umum.
Bagi ibu bapa yang ingin luangkan masa bersama anak-anak dan dalam masa yang sama ingin memberi input yang mempunyai nilai dan mesej yang bagus, maka filem Dolittle sangat sesuai untuk kamu sekeluarga.
Sinopsis DOLITTLE
Selepas kematian isterinya tujuh tahun lalu, doktor Dolittle yang essentrik dan merupakan seorang doktor dan pakar haiwan di England di temani dengan haiwan-haiwannya di rumah Dolittle dengan aman.
Tetapi tidak lama kemudian, Ratu England jatuh sakit dan doktor Dolittle di paksa keluar untuk mencari penawar sang ratu. Ikuti perjalanan yang penuh mistik dan fantasi doktor Dolittle bersama perantis dan haiwan-haiwannya.
Filem Dolittle bakal ditayangkan di pawagam pada 23 Januari 2020 ini. Jom jangan ketinggalan untuk menonton kisah yang penuh magik, fantasi dan menghiburkan pada minggu ini!