Bagi menyerikan awal tahun 2020, Pedro tampil dengan koleksi rekaan beg yang eksklusif dan elegan untuk wanita dan lelaki. Pedro tampil berani dengan rekaan yang anggun dan menawan dalam menghasilkan beg yang sesuai untuk golongan lelaki dan wanita.
Menariknya rekaan beg jenama Pedro pada tahun ini, menampilkan jenis reka bentuk yang sesuai untuk digunakan dalam apa jua acara, seperti ke pejabat atau berlibur.
Dari segi warna pula, Pedro menggunakan kombinasi warna-warna pastel terang seperti kuning, krim, biru dan putih untuk beg wanita agar tampak lebih feminin.
Dan manakala untuk beg lelaki pula, ia menggunakan kombinasi warna-warna gelap seperti hitam, biru dan putih untuk menampilkan gaya maskulin untuk sang lelaki.
Koleksi Beg Pedro Wanita 2020
Beg Bahu Mini Cangkuk Emas Dengan Dua Tona & Beg Panel Boxy Tote

Beg Basket Bersama Perincian Pemegang Bertali

Beg Kulit Boxy Dengan Kesan Cicak

Beg Boxy Dengan Top Handle & Beg Kulit Dengan Strap Bertali Rantai

Koleksi Beg Lelaki Pedro 2020
Beg Sandang Belakang Kasual

Beg Silang Kasual

Beg Embossed Duffel

Beg Sandang Belakang Utiliti

Melihat koleksi-koleksi beg yang dikeluarkan oleh Pedro untuk koleksi beg musim bunga dan panas tahun 2020 ini, cukup memukau pandangan mata. Rekaan yang elegan dan kasual ini membolehkan wanita dan lelaki membawanya ke pejabat atau keluar berlibur bersama kawan-kawan.
Dan paling penting pengguna dapat menggayakan apa jua jenis fesyen yang di pakai, kerana rekaan dan warna beg yang dihasilkan sangat kena dengan apa jua jenis pemakaian berfesyen masa kini.
Untuk mengetahui keluaran koleksi-koleksi yang terbaru dari Pedro, layari laman web Pedro untuk melihat dan memilih koleksi keluaran Pedro yang kamu ingini!