Kang Gary is back guys!
Bekas ahli Running Man ini akhirnya bakal membuat kemunculan bagi program televisyen KBS iaitu “Return of Superman” pada bulan Februari ini nanti.
Apa yang menariknya adalah dalam siri program berepisod ini, Kang Gary akan ditemani bersama anaknya Kang Ha Oh yang baru berusia 26 bulan!
Seperti sedia maklum, kali terakhir Kang Gary muncul di kaca televisyen adalah pada 29 Januari 2017, sebagai ahli terakhir Running Man dalam episod “Member’s Week”.
Sejak itu, Gary tidak lagi muncul dalam mana-mana rancangan televisyen setelah mendirikan rumah tangga dan memberi fokus kepada keluarga.
Meski Gary tidak lagi muncul di kaca televisyen, Gary dilihat lebih aktif mengendalikan saluran YouTube miliknya, di mana pelbagai video vlogs tentang kehidupan peribadinya di muatnaik ke dalam saluran YouTubenya.
Selain kelihatan aktif di saluran YouTube, Gary juga semakin sibuk di akaun Instagramnya dengan memuat naik gambar-gambar diri dan anak lelakinya mengembara di tempat-tempat menarik. Seronok tengok!
https://www.instagram.com/p/B6daVKUlGBu/
Melihat telatah dan gelagat kedua beranak yang riang dan bebas dalam gambar yang dimuatnaik di Instagram, membuatkan peminat teruja. Nampaknya anak Gary, Kang Ha Oh juga mengikuti citarasa seperti bapanya yang menyukai muzik, bermain alat muzik dan menyanyi!
Nantikan kemunculan Kang Gary dan anaknya Kang Ha Oh dalam rancangan televisyen popular KBS, “Return of Superman” yang bakal ditayangkan pada bulan Februari ini nanti!