Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Adakah Kita Dibenarkan Merajuk Dengan Mak? Jawapan Ustazah Bikin Terkejut

by Lisa AG
April 14, 2020
227
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sediakan tisu sebelum membaca penjelasan lanjut…

Cemburu adalah punca utama dalam persaingan antara kandung. Apabila salah seorang dalam keluarga mempunyai perasaan cemburu, dia akan sentiasa cuba membandingkan dirinya dan mencetuskan perkelahian sesama saudara kandung lain. Cemburu boleh terjadi mungkin disebabkan kepada beberapa faktor, ibu bapa membanding bezakan adik beradik atau mungkin juga merendahkan kebolehan dan banyak lagi.

Foto – Pinterest

Contohnya, bila si ibu mengatakan ini kepada salah seorang anaknya;

“Apa nak jadi dengan kau ni… lihat si Diana tu, habis sekolah terus balik rumah, tak melencong. Lepas tu terus mandi, solat dan belajar. Tak macam engkau, entah apa nak jadi nanti.”

Keadaan ini dalam diam boleh timbul rasa cemburu antara adik beradik bahkan tempias rasa merajuk pada si ibu. Tapi adakah patut kita merajuk dengan si ibu hanya kerana rasa cemburu? Adakah kita dibenarkan untuk ada perasaan negatif itu terhadap ibu kita?

Foto – Women Health

Ini Penjelasan Ustazah…

“Apapun yang mereka (seorang ibu) lakukan, mereka tetap yang terbaik. Kita pandai macam mana sekalipun dari segi pendidikan, seorang ibu tetap betul. Walaupun fakta yang dikatakan seorang ibu itu salah, tapi sebaiknya kita yang anak ini mengalahlah.

IKLAN

“Ibu adalah makhluk yang Allah muliakan, kasih ibu tidak pernah bertalak, kasih ibu tiada edahnya, atas sebab itu kita tiada hak untuk merajuk kepada seorang ibu. Kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka. Pohonlah rahmat kerana di tangannya ada rahmat yang boleh mendoakan kita, doanya tiada hijab yang boleh terus sampai kepada Allah. Kita tidak sedar di saat kita sedang lena, seorang ibu sanggup bangun untuk mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kerahmatan si anak.

“Oleh itu, jika kita masih ada seorang ibu, sebaiknya junjunglah kasih seorang ibu, letakkan dia di tempat paling mulia. Andai kita ada ibu mertua, junjunglah dia ke tempat mulia.

“Hatta Rasulullah S.A.W, dapat jumpa ibu susuannya Halimahtus Sa’adiah, dibukakan serbannya, dihamparkan serbannya minta Halimahtus Sa’adiah duduk di atas serbannya.

Sayangilah ibu kerana kita belum tentu dapat membalas jasa seorang ibu yang mengeluarkan kita daripada gelap rahim kepada terang dunia. Berjasalah kepada kedua ibu bapa sebelum terlambat.

Selamat Beramal!

Tags: anak derhakaanak derhaka buat ibu merajukanak merajuk dengan anakcemburucemburu adik beradikfaktor merajukibu merajukkenapa merajukmerajukmerajuk dengan ibumerajuk seorang ibu
Share91SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

February 16, 2021
Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

December 23, 2020
Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

October 28, 2020
Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

October 27, 2020
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.