Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Rasa Macam Ubat Gigi? Ada Juga Ye Yang Benci Aiskrim Mint Chocolate Chip

by Lisa AG
November 11, 2020
Foto - Baskin Robbins

Foto - Baskin Robbins

427
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Berapa ramai yang suka aiskrim perisa coklat cip bersama mint?

Kebarangkalian pasti sangat sedikit, kerana mereka yang tidak menyukai perisa ini mempunyai alasan tersendiri. Ramai menjelaskan mereka tidak suka kerana rasanya seperti ubat gigi, dan kombinasi yang tidak sesuai.

Jujurnya setiap kali beli aiskrim, pasti perisa mint chocolate chip adalah pilihan kerana rasanya yang segar, dicampur pula ketulan cip coklat dan warna hijau menjadikan ia aiskrim yang cukup menarik dan unik.

Foto – Pinterest

Tahukah kamu, mint chocolate chip punya beberapa fakta menarik yang selama ini tidak kita peduli. Bahkan juga aiskrim ini antara perisa yang paling popular di beberapa negara barat mengalahkan perisa biasa seperti strawberi.

Aiskrim mint chocolate chip dicipta pada tahun 1973 oleh pelajar masakan Marilyn Ricketts ketika belajar di South Devon College, England.

Dia memasuki pertandingan menyediakan hidangan pencuci mulut aiskrim untuk disajikan ketika perkahwinan Princess Anne dan Captain Mark Phillips. Hidangan itu pada asalnya dinamakan Mint Royale dan mendapat pingat perak, sekaligus berjaya memenangi hati ramai orang sehingga ke hari ini.

Foto – ThingLink

Diiktiraf oleh Persatuan Pengusaha Kebangsaan AS, National Chocolate Mint Day jatuh pada 19 Februari setiap tahun di seluruh Amerika Syarikat.

Hari tersebut diraikan sebagai tanda penghormatan kepada pencinta chocolate mint. Tidak pula disambut serata dunia kerana kehangatan tidak begitu teruja di kebanyakan negara luar.

Foto – The Food Pocket Guide

International Dairy Foods Association menyatakan mint chocolate chip adalah antara 10 perisa aiskrim paling popular di Amerika Syarikat.

Di mana millenial lebih cenderung memilih cookies’n’creme (14%) dan mint chocolate chip (13%) berbanding golongan berusia. Malah, perisa ini lebih mendapat sambutan daripada strawberi.

Foto – The Guardian
BACA:  Sedapnya Aiskrim Khoon Hooi 'Creme Couture' Bersama Crème De La Crème

Ada elemen sains dalam pembuatan mint chocolate chip dengan penggunaan minyak pati peppermint. 

Kerana aiskrim mengandungi butterfat (lemak mentega atau lemak susu merupakan bahagian lemak dari susu), ia menyerap aroma (seperti minyak pati peppermint) dan kemudian mengeluarkan aroma ketika mencair di dalam mulut, seperti minyak wangi yang boleh dimakan. Keadaan ini membuatkan rongga mulut berangin, segar dan wangi sentiasa.

Foto – The Truth About Cancer

Personaliti kamu yang bagaimana? Merupakan individu yang cool.

Ketika zaman sekolah, kamu mungkin bukan seorang yang popular, tetapi sering dikelilingi ramai kerana sikap yang menyenangkan. Kamu seorang yang seimbang dan mengikut persekitaran semasa, boleh bersukan dan boleh juga mengikuti aktiviti seni.

Foto – chocolatewithgrace.com

Bukan setakat aiskrim, mint juga terdapat beberapa manfaat kesihatan.

Contohnya monoterpene phytonutrient dalam daun pudina mempunyai sifat penghalang kanser, vitamin A dalam pudina mengurangkan kulit berminyak, meremajakan kulit dan menyegarkan tisu. Malah aroma pudina menenangkan minda dan mengimbangi pengeluaran hormon, menjadikan kulit anda bersinar dari dalam ke luar.

Foto – Harian Sehat

Sedapnya dapat makan aiskrim mint chocolate chip, Tapi ramai tak suka sebab rasanya yang kompleks.

RUJUKAN : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7

FILED UNDER aiskrimbaskin robbinsdaun pudinamint chocolate chip
Share171SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.