Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Lelaki Wajib Bagi Hadiah Mahal Masa White Day, Fakta Menarik Kena Tahu

by Lisa AG
May 4, 2020
Foto - Eleven

Foto - Eleven

81
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apa agaknya perbezaan Valentine dan White Day? Kita biasa mendengar tentang Valentine tapi kurang memahami akan festival White Day. Tahukah kamu bukan semua negara menyambut White Day, hanya segelintir sahaja yang teruja.

Valentine dianggap sebagai hari cinta menjadikan semua wanita dari serata dunia ternanti-nanti akan hari tersebut. Untuk pengetahuan anda, Valentine sangat popular di Jepun. Kedai-kedai akan mula menjual coklat seawalnya, ada yang yang sebulan sebelum Hari Valentine.

Valentine vs White Day

Tidak seperti di negara lain yang selalunya wanita menunggu diberi coklat, bunga atau candle light dinner dari pasangan, tetapi lain pula berlaku di Jepun.

Di Jepun, kebiasaan pada Hari Valentine, kaum wanita akan memberi hadiah coklat (sama ada buatan tangan atau beli di kedai) kepaada ada kaum lelaki sebagai satu ungkapan cinta dan sayang.

Foto -Tokyopop

Coklat buatan tangan itu lebih disukai oleh si penerima kerana ia tanda bahawa si lelaki itu menerima “satu-satunya” wanitanya.

Pada Hari Putih sebaliknya berlaku apabila si lelaki yang menerima coklat ketika Hari Valentine perlu membalas hadiah tersebut yang kebiasaanya lebih mahal dari pemberian si wanita.

Kerana tradisi itu, muncullah perayaan yang disebut sebagai White Day di Jepun yang bertujuan sebagai hari pembalasan dari Valentine. White Day diraikan tepat sebulan dari Valentine, pada tanggal 14 Mac.

Asal Usul White Day

White Day adalah fenomena baru yang dibuat oleh industri pastri di Jepun. White Day pertama kali diraikan pada tahun 1978.

Foto – Pinterest

Pada tahun 1977, sebuah syarikat perindustrian kek dan pastri berpangkalan di Fukuoka, Ishimura Manseido memasarkan marshmallow kepada lelaki pada 14 Mac, lalu dipanggil “Hari Marshmallow”. Walau bagaimanapun, Hari Marshmallow tidak berjaya mendapat sambutan.

Lantas National Confectionery Industy Association membangunkan White Day sebagai “hari jawapan” atau “hari pembalasan” untuk perayaan Valentine, yang merupakan saat bagi si lelaki untuk membalas kebaikan wanita yang telah memberi mereka coklat atau hadiah lain ketika Valentine.

IKLAN

Kenapa Warna Putih

Agaknya kenapa putih? Warna putih dianggap sebagai warna yang murni, tulus, dan sunyi seperti cinta, ada juga menerangkan putih kerana warna gula. Nama White Day adalah Ai ni Kotaeru White Day (Answer Love on White Day).

Namun, hadiah yang diberikan untuk White Day tidak hanya berupa coklat, tetapi juga bisa berbentuk bunga, perhiasan, pakaian mahu pun lingerie berwarna putih! As long as white color!

Ada Syarat

Foto – Spin Japan

Secara tradisionalnya, hadiah yang diberikan ketika White Day ialah biskut, barang kemas, coklat putih, pakaian dalam berwarna putih dan marshmallow.

Terdapat istilah sanbai gaeshi (bermaksud “tiga kali ganda pulangan”) digunakan untuk menggambarkan bahawa hadiah pulangan tersebut hendaklah dua hingga tiga kali ganda lebih mahal daripada hadiah pemberian pada Hari Valentine.

White Day Di Korea

Bukan Jepun sahaja, tradisi White Day telah dibawa sehingga ke Taiwan dan Korea Selatan. Masih sama di sana lelaki yang telah menerima hadiah coklat daripada wanita ketika Valentine hendaklah membalas hadiah tersebut, selalunya mereka memilih gula-gula dan bukannya coklat.

Tambahan pada hari ke-14 bulan seterusnya disebut Black Day ia diamalkan oleh seseorang yang masih belum berpacaran.

Foto – H.I.S Travel

Hari ini dikaitkan dengan Valentine dan White Day, berlangsung pada 14 April setiap tahun. Pada hari kejadian, individu yang tidak menerima hadiah pada dua hari sebelumnya akan berkumpul dan makan Jajangmyeon, mi dengan sos hitam. Hari ini istimewa untuk orang bujang.

Valentine, White Day, Black Day, macam-macam hari ada. Tapi ternyata budaya negara sana menarik untuk kita teroka.

RUJUKAN : 1, 2, 3, 4

Tags: apa maksud white daybeza valentine's dan white dayhadiah white dayinfo white dayvalentine's vs white daywhite day jepunwhite day korea
Share32SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

January 5, 2022
4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang
Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

January 3, 2022
“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

December 29, 2021
“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul
Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

December 23, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Gaya Manis Dahlia Rizal Jadi Ikutan Hijabis Moden Di Malaysia

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.