Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Miranda Kerr Kongsi Cara Bersiap Ringkas Setiap Pagi, Hanya 15 Minit!

by IamLisa
December 20, 2020
Foto - Byrdie

Foto - Byrdie

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika anda bukan seorang yang morning person, pagi merupakan waktu paling susah apatah lagi membebankan.

Namun, Miranda Kerr tidak lokek untuk berkongsi rutin paginya bersama wanita di luar sana. Tidak pernah ditangkap keluar rumah dalam keadaan selekeh dan tidak terurus, Miranda dalam Blog Kora Organics mendakwa yang dia hanya mengambil masa 15 minit untuk tampil menawan setiap pagi.

Tak mungkin 15 minit?

Air panas bersama lemon

Miranda akan mengambil secawan air panas dengan perahan lemon setiap pagi. Air lemon panas pada waktu pagi membantu memulakan proses pencernaan untuk sepanjang hari.

Foto – Youtube Harper Bazaar

Ia juga membersihkan sistem, meningkatkan sistem imun dan mengimbangkan tahap pH kerana lemon sangat bersifat alkali. Ia juga mengandungi vitamin C, yang menggalakkan penyembuhan dan kesihatan.

Pre- shower – Dry body brushing 

Sebelum mandi, supermodel dari Australia ini juga mengamalkan dry body brushing. Menurutnya ia adalah satu cara terbaik untuk melancarkan peredaran darah, membuang sel-sel kulit mati, membantu saliran limfa, menyahtoksik sistem dan menjadikan kulit licin secara menyeluruh.

Foto – Nourished Life

Miranda akan mula memberus dari kaki dalam pukulan lembut dan ianya tidak perlu dilakukan terlalu lama, hanya beberapa minit sebelum mandi.

Rambut

Untuk penjagaan rambut pula, Miranda akan mencuci rambut pada waktu petang dan membiarkan kering sepanjang malam. Jadi apabila menjelang pagi, Miranda hanya tinggal untuk menggayakannya.

Foto – Popsugar

Gaya rambut yang digemarinya kini adalah low braid dan high topknot kerana keduanya tidak mengambil masa yang lama untuk digayakan namun masih nampak feminin dan kemas.

Mekap

Untuk mekap harian, beliau mementingkan perapian bulu mata dengan dua lapisan maskara dan kening kerana ianya penting dalam membentuk wajah.

Foto – Vogue

Untuk bibir, beliau hanya menggunakan sama ada lip balm untuk penampilan lebih semulajadi atau gincu warna merah untuk lebih statement.

Jus Hijau

Minuman ini baik untuk peredaran darah, tinggi dengan mineral dan vitamin yang baik untuk kulit dan mata. Selain itu, Miranda juga berkongsi resepi smoothie yang sememangnya bagus untuk kecantikan dan kesihatan.

Setiap pagi beliau akan mengisar serbuk acai, buah beri goji, spirulina, serbuk koko mentah, serbuk macca, biji chia, serbuk vegan rice bersama air kelapa asli untuk diminum.

Apa lagi, selepas ini anda tiada masalah untuk bersiap pagi. Ikut sahaja cara Miranda Kerr.

Tags: bersiap cara miranda kerrcantik cara miranda kerrmiranda kerrRahsia Kecantikan Miranda Kerrresepi smoothie miranda kerrsupermodel miranda kerrtips cantik miranda kerr
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Foto - Ainz & Tulpe
Kecantikan

Eksklusif: 3 Kosmetik Terkemuka Ada Di Ainz & Tulpe Pavilion Bukit Jalil

by IamLisa
May 23, 2022
0

Pernah berkunjung ke Ainz & Tulpe ketika berada di Jepun? Sekarang, Ainz & Tulpe mengalu-alukan kamu semua ke gedung pertamanya...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.